CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 432|Reply: 1

[Terengganu] Jual ayam goreng RM1 tetap untung

[Copy link]
Post time 10-7-2022 10:13 AM | Show all posts |Read mode

Khairul Anuar menunjukkan ayam goreng RM1 yang dijual di gerainya di Pantai Teluk Lipat, Dungun semalam.

Jual ayam goreng RM1 tetap untung

DUNGUN – Sewaktu ramai peniaga terpaksa menaikkan harga barangan jualan berikutan kenaikan kos bahan mentah ketika ini, seorang peniaga di Pantai Teluk Lipat di sini masih kekal menjual ayam goreng dengan harga RM1 seketul.

Khairul Anuar Nordin, 25, berkata, walaupun mengekalkan harga murah, dia masih mampu menjana jualan harian antara RM700 hingga RM1,000.

Katanya, gerainya yang beroperasi bermula pukul 11 pagi itu memerlukan antara 10 hingga 20 ekor ayam sehari.

“Kalau ikutkan memang keuntungan tidak besar kerana kenaikan kos tepung ayam goreng dan minyak masak serta kesukaran mendapatkan bekalan ayam yang murah. Begitu pun, saya tidak mahu pelanggan terbeban dengan harga jualan yang mahal.

“Sekurang-kurangnya ramai mampu membeli termasuk pelajar sekolah dan mereka yang mempunyai keluarga ramai,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di gerainya di Pantai Teluk Lipat di sini semalam.

Ketika ini, kebanyakan peniaga telah menaikan harga ayam goreng bersaiz kecil kepada RM1.50 seketul berbanding RM1 sebelum ini.

Bapa seorang anak yang me­netap di Kampung Che Lijah di sini berkata, bagi mengurangkan kos operasi, buat masa ini, dia bekerja bersendirian dengan penyediaan awal dibantu isterinya.

“Saya juga menjual air minuman sebagai pendapatan tambahan selain ayam goreng RM1.

“Asalnya saya mula berniaga selepas gagal mendapat pekerjaan walaupun banyak kali memohon kerana mungkin berikutan saiz fizikal saya yang besar,” katanya.

Bagaimanapun, ujarnya, dia tidak mengeluh apabila ramai majikan menolak permohonannya untuk bekerja, sebaliknya berusaha berniaga demi mencari rezeki buat keluarga.

“Saya mahu buktikan saya boleh berjaya dan kembali memberi sumbangan kecil kepada masyarakat,” katanya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... g-rm1-tetap-untung/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2022 11:38 PM | Show all posts
tahniah abg.....hati2 dgn org sekeliling...kang disantaunye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.071016 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list