CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 424|Reply: 0

[Kedah] Pemandu tercampak keluar sebelum Perodua Kancil terbakar akibat berlanggar dengan lori

[Copy link]
Post time 9-7-2022 01:23 PM | Show all posts |Read mode

PEMANDU kereta Perodua Kancil tercampak keluar dari keretanya yang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori syarikat pembersihan berhampiran pasaraya di Mergong. FOTO ihsan BOMBA

Alor Setar: Seorang lelaki terselamat selepas tercampak keluar daripada Perodua Kancil dipandunya sebelum kenderaan berkenaan terbakar sejurus berlanggar dengan lori syarikat pembersihan berhampiran sebuah pasar raya di Mergong di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 6.40 pagi.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Radzi Abu Talib kemudiannya dikerah ke lokasi.


"Kereta terbabit terbakar sejurus perlanggaran. Akibat perlanggaran itu, pemandu kereta tercampak keluar.

"Kami memberi rawatan awal kepada pemandu kereta berkenaan yang berusia 39 tahun sebelum diserah kepada kakitangan perubatan untuk rawatan susulan," katanya pada kenyataan.

Mohamadul Ehsan berkata, Perodua Kancil itu 90 peratus musnah dan operasi tamat jam 7.30 pagi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-akibat-berlanggar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.077908 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list