View: 749|Reply: 0
|
Piala AFF B-19: Malaysia harap tuah bermain malam
[Copy link]
|
|
AKSI pemain Malaysia B-19 ketika seri 0-0 menentang Singapura dalam perlawanan Piala AFF Bawah 19 di Jakarta, kelmarin. – IHSAN FAM
PETALING JAYA: Selepas dua aksi awal berlangsung petang, skuad muda negara berharap perlawanan pertama di sebelah malam menentang Timor Leste hari ini akan memberi tuah untuk mereka memburu kemenangan kedua dalam Piala AFF Bawah 19 tahun (B-19).
Bukan mencari alasan, pengendali Malaysia B-19, Hassan Sazali Waras menjelaskan, cuaca panas di Jakarta memberi kesan kepada rentak permainan anak-anak buahnya ketika berdepan Kemboja dan Singapura.
“Berdepan Kemboja dan Singapura kita main petang, jadi cuaca agak panas (pukul 3 petang waktu tempatan).
“Kita boleh lihat pada babak kedua pemain bermain lebih efektif berbanding pertama.
AKSI pemain Malaysia B-19 ketika seri 0-0 menentang Singapura dalam perlawanan Piala AFF Bawah 19 di Jakarta, kelmarin. – IHSAN FAM
“Bukannya mencari alasan tetapi saya harap perlawanan menentang Timor Leste dan Laos nanti kita akan bermain lebih baik,” katanya.
Ditanya persembahan pasukan selepas dua perlawanan, Hassan menyifatkan ia keputusan yang baik dengan satu kemenangan dan seri.
“Kita belum tewas, dengan apa yang ditampilkan pemain hari ini (lawan Singapura) termasuk beberapa pertukaran pada separuh masa kedua ada nampak perubahan,” jelasnya.
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... tuah-bermain-malam/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|