CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 396|Reply: 0

[Kelantan] Meriah di pintu sempadan Pengkalan Kubor

[Copy link]
Post time 9-7-2022 12:14 PM | Show all posts |Read mode

ORANG awam beratur seawal jam 6 pagi di perkarangan di ICQS Pengkalan Kubor untuk memasuki Thailand. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Tumpat: Menjelang sambutan Aidiladha yang disambut esok, keadaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor meriah dengan orang ramai yang ingin memasuki Thailand.

Seawal jam 6 pagi, kenderaan beratur dan orang ramai sudah berada di perkarangan kompleks itu untuk urusan dokumentasi perjalanan walaupun kaunter Imigresen dibuka jam 8 pagi.

Keadaan itu berlaku sejak semalam dan difahamkan kira-kira 400 pemegang pas sempadan dan pasport berurusan di kaunter Imigresen, semalam untuk perjalanan sama ada keluar atau masuk ke negara ini.


Dua feri dari Malaysia dan Thailand yang beroperasi untuk mengangkut penumpang sama ada berjalan kaki atau menaiki kenderaan dilihat berulang-alik tanpa henti bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang.

Bagi Zamani Yaakob, 45, dia yang sudah tiga tahun tidak balik ke kampung halaman di Narathiwat, teruja untuk menyambutnya bersama keluarga.

Dia yang sudah hampir 15 tahun menetap di sini dan bekerja di sebuah kilang bahan kimia di Kemaman, Terengganu berkata, kepulangannya juga bukan dengan 'tangan kosong' sebaliknya mengambil bahagian dalam ibadah korban.

"Saya mengambil cuti selama seminggu untuk pulang bersama isteri dan tiga anak selepas sudah lama tidak menjenguk ahli keluarga di Narathiwat disebabkan pandemik Covid-19.

"Selepas Subuh tadi saya lima beranak serta kakak sekeluarga sudah sampai di sini (ICQS) kerana tidak ingin menunggu lama beratur dan teruja untuk segera tiba di kampung halaman," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tinjauan yang dilakukan di Jeti JKR Feri mendapati feri untuk membawa orang ramai dari Malaysia memasuki Thailand lebih sarat berbanding perjalanan untuk masuk ke negara ini dan hasil temubual bersama beberapa individu memberitahu sambutan Aidiladha di negara jiran lebih meriah.

Kata-kata itu diakui Norazila Asikim Muhamad, 31, yang menetap di Kuala Lumpur dan mengambil cuti selama dua minggu untuk menyambut Aidiladha bersama ibu dan bapa tirinya, di Kampung Che Heng, Takbai.

Menurutnya, harga lembu yang jauh lebih murah di Thailand juga membuatkan dia dan ahli keluarga lain turut mengambil satu bahagian masing-masing untuk dijalankan ibadah korban esok.

"Sudah tiga tahun saya tidak balik menjenguk ibu dan bapa tiri kerana suami bekerja dan beberapa kekangan lain termasuk pandemik Covid-19 yang menyebabkan kami hanya berhubung menerusi telefon sahaja.

"Peluang dapat pulang ke kampung halaman kali ini saya manfaatkan sepenuhnya kerana sambutan Aidiladha di Thailand lebih meriah dan bukan senang dapat berkumpul bersama sanak saudara," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dan-pengkalan-kubor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.053923 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list