|
Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan memanjatkan rasa syukur apabila nenek tercintanya, Noraini Abdullah selamat menjalani proses pembedahan bagi membuang ketumbuhan, pada Rabu.
IG Serina
Serina yang berkongsi khabar berita tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya menyifatkan ketumbuhan itu besar dan sangat mengerikan.
“Patut lah nenek mengadu sakit dan keras sangat tempat yg ada ketumbuhan tu. Nampak nenek makin segar muka dia pun ceria,” tulisnya.
Pada masa sama, anak kepada cef selebriti terkenal, Datuk Cef Wan ini memberitahu kondisi neneknya kini sudah beransur pulih dan akan dibenarkan pulang ke rumah.
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan perubatan terbabit dengan pembedahan nenenknya itu.
Terdahulu, Cef Wan pernah memaklumkan ibunya disahkan menghidap ketumbuhan di bahagian payudara, sekitar dua tahun lalu.
|
|