CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 605|Reply: 0

[Kelantan] Tiga lelaki Bangladesh diberkas miliki pokok ganja

[Copy link]
Post time 7-7-2022 05:45 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMAD Zaki Harun (kiri) bersama pegawai memeriksa daun ketum yang berjaya dirampas polis selepas merasmikan Kursus Tempur Jarak Dekat (C.Q.B) Siri 1/2022 Kontinjen Kelantan di Lapang Sasar Bukit Pak Junuh, Rantau Panjang, Kelantan hari ini.-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH

   
PASIR MAS: Penahanan tiga lelaki warga Bangladesh di sebuah rumah kongsi ladang sayur di Lojing, Gua Musang pada Selasa lalu membawa kepada rampasan pokok ganja yang berusia enam bulan dalam sebuah polibeg.

Kesemua suspek yang berusia 23 hingga 34 tahun itu dicekup dalam serbuan pada pukul 10.27 pagi.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, rampasan pokok ganja setinggi 40 sentimeter itu dilakukan hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan di kawasan luar rumah kongsi berkenaan.

Menurutnya, dalam serbuan tersebut, polis turut merampas daun ganja kering seberat 5.3 gram yang disembunyikan dalam lipatan surat khabar.

“Hasil saringan air kencing yang dilakukan mendapati ketiga-tiga suspek itu positif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Bagaimanapun, kesemua suspek ini memiliki dokumen yang sah masuk ke Malaysia. Sisatan lanjut berkait dengan kes ini sedang dijalankan,” kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Tempur Jarak Dekat (C.Q.B) Siri 1/2022 Kontinjen Kelantan di Lapang Sasar Bukit Pak Junuh di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, semalam, pihaknya berjaya menahan sebuah lori dan merampas 2,030 kilogram (kg) di sekatan jalan raya (SJR) Batu Melintang, Jeli, sini pada pukul 5.52 pagi.

Katanya, semasa ditahan lori yang dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun dari arah Gerik ke Jeli.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas lori itu membawa kepada penemuan bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum.

“Polis turut merampas pil yaba (tiga biji) kodien (0.07 liter) dan air ketum (0.33 liter). Saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan mempunyai rekod lampau,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/nasion ... miliki-pokok-ganja/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.115430 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list