CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 512|Reply: 0

[Kedah] Tiada laporan kecurian, hilang harta benda dari rumah mangsa banjir - Polis

[Copy link]
Post time 7-7-2022 01:54 PM | Show all posts |Read mode

Antara rumah yang terjejas teruk di Kampung Iboi, Baling, akibat bencana banjir dan kepala air. - NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

BALING: Polis tiada menerima sebarang laporan kecurian atau kehilangan harta benda di rumah mangsa banjir daerah ini, setakat ini, sepanjang tempoh mereka berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan insiden kepala air, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata pada masa sama anggota pasukan keselamatan turut melakukan rondaan bagi memastikan keselamatan kediaman mereka.

"Polis memberi jaminan, mangsa banjir tidak perlu bimbang rumah dimasuki pencuri meskipun mereka berada di PPS.

"Keselamatan rumah mereka sentiasa dipantau anggota yang membuat rondaan," katanya ketika dihubungi.


Shamsudin berkata, anggota bertugas melakukan rondaan secara kerap di kawasan kampung terbabit bagi memastikan jenayah tidak berlaku, termasuk pecah rumah, ketika masyarakat ditimpa musibah.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, mangsa banjir tidak ketinggalan membawa bersama dokumen peribadi yang penting, barangan kemas dan wang ketika berpindah ke PPS.

Katanya, mereka dinasihat memaklumkan segera jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

"Ketika berada di PPS, mangsa juga perlu memaklumkan status kesihatan kepada petugas bagi memudahkan pihak berkaitan memberikan rawatan," katanya
https://www.bharian.com.my/berit ... rumah-mangsa-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.062828 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list