CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 739|Reply: 0

Gaji Hamilton 53 kali ganda tinggi daripada penerima gaji terendah

[Copy link]
Post time 7-7-2022 01:46 PM | Show all posts |Read mode

LEWIS HAMILTON



LONDON: Juara Formula Satu (F1) dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menduduki tangga teratas senarai penerima gaji tertinggi berdasarkan statistik terbaharu yang dikeluarkan oleh Top10 Casinos semalam.

Pemandu Mercedes dari Britain itu dilaporkan menerima gaji lebih 50 kali ganda berbanding penerima gaji terendah dalam F1.

Data yang dikumpulkan Top10 Casinos itu menunjukkan bekas juara dunia tersebut memperoleh 53 kali ganda jumlah yang dibayar berbanding pemandu F1 paling berpendapatan rendah, Yuki Tsunoda dari pasukan Alpha Tauri.


YUKI TSUNODA

Mercedes membayar Hamilton lebih 32 juta pound (RM 169 juta) setahun, jumlah yang mengejutkan berbanding 615,882 pound (RM3.2 juta) yang diperoleh pemandu Jepun itu setiap musim.

Saiz pendapatan besar Hamilton itu turut diperincikan lagi oleh data tersebut yang mendedahkan gajinya bersamaan hampir 1.5 juta pound (RM7.92 juta) bagi setiap perlumbaan, 28,712 pound (RM151,512) bagi setiap pusingan dan 7,800 pound (RM41,000) bagi setiap batu yang dipandu pelumba berusia 37 tahun itu.


MAX VERSTAPPEN

Rakan sepasukan Hamilton, George Russell dilihat berada jauh dari segi kedudukan gaji, namun pemandu Britain dia berjaya menempatkan diri di kedudukan ke-13 bersama pemandu Alpine Pierre Gasly, dengan 4 juta pound (RM21 juta) setahun.

Juara dunia, Max Verstappen pula menerima bayaran kedua tertinggi iaitu 20.5 juta pound (RM108 juta) setahun, manakala Fernando Alonso dan Lando Norris melengkapkan kedudukan tiga teratas menerusi 16.4 juta pound (RM86.8 juta). – AGENSI


https://www.utusan.com.my/sukan/ ... rima-gaji-terendah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.055358 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list