CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 463|Reply: 1

[Tempatan] Pepatah melayu ~ Sudah jatuh ditimpa tangga!

[Copy link]
Post time 6-7-2022 06:54 PM | Show all posts |Read mode
Kebanyakan rumah hanyut didirikan atas tanah rizab

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR


  • Oleh MOHD RAFIE AZIMI
  • 6 Julai 2022, 6:32 pm


ALOR SETAR: Kebanyakan rumah di pinggir Sungai Kupang yang hanyut dalam tragedi kepala air dan banjir lumpur didirikan atas tanah rizabyang tiada hak milik di Kampung Iboi, Kupang, Isnin lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, keadaan itu menimbulkan sedikit masalah kerana kerajaan hanya boleh membantu membina semula rumah di kawasan tanah bergeran.

Selain itu katanya, keadaan sungai di situ juga sudah semakin cetek hingga air melimpah dan mengundang bahaya sama sekiranya rumah baharu dibina di kawasan sama.

“Saya difahamkan kebanyakan rumah yang hanyut itu memang tak ada geran. Kalau mereka ada tanah milik di tempat lain, lebih mudah untuk kerajaan bantu bina rumah.

“Jika tidak, kena cari tapak dulu dan proses itu mungkin agak lambat. Kalau bantuan kerajaan, memang perlu ada geran dan tanah bermilik, tetapi, kalau tak ada, kita akan usahakan sama-sama, Insya-Allah,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Daerah dan Tanah Baling di sini, hari ini.

Menurutnya hasil laporan diterima, terdapat 15 buah rumah dilaporkan hanyut dan musnah hingga tidak lagi boleh diduduki di kampung tersebut.

“Jumlah rumah yang rosak teruk dan perlukan pembaikan besar pula adalah sebanyak 14 buah. Kerajaan negeri putuskan untuk sediakan penempatan sementara bagi keluarga yang hilang tempat tinggal ini selama enam bulan.

“Kita akan sewa rumah untuk mereka diami dan tempatkan barangan yang dapat diselamatkan. Dalam masa sama, analisis terhadap rumah-rumah yang mengalami kerosakan kecil turut dijalankan,” katanya. –UTUSAN ONLINE





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 07:07 PM | Show all posts
musang king atas tu tanah rizab juge ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.040020 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list