CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 1

[Pulau Pinang] Suami isteri mengaku tidak bersalah miliki wang palsu

[Copy link]
Post time 6-7-2022 05:31 PM | Show all posts |Read mode
BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini atas tuduhan memiliki wang kertas palsu berjumlah RM5,300 pada bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Muammar Raid Abdul Malik, 33, dan isterinya, Nadia Mohamed Hussain, 27, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka berdua di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Mengikut pertuduhan, suami isteri itu didakwa memiliki sejumlah 53 keping wang kertas RM100 yang mana mereka tahu bahawa wang itu adalah palsu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik beralamat PMT 30 Mukim 8, Jalan Muthupalaniappan Sunway Wellesley, di sini pada jam 11.30 malam, 29 Jun lalu.



Berikutan itu, mereka berdua didakwa melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengawai Pendakwa Mohamad Syarafuddin Mamat Mokhtar manakala suami isteri itu tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, Mohamad Syarafuddin memohon kepada mahkamah supaya menetapkan jaminan tinggi terhadap kedua-dua tertuduh, berikutan suami isteri berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu membuat rayuan supaya mereka dikenakan jaminan yang rendah.

Tertuduh lelaki memaklumkan bahawa isterinya sedang hamil dan tidak bekerja, hanya dia yang mencari pendapatan dengan berniaga, selain perlu menjaga ibu bapanya yang uzur.

Mahkamah kemudian menetapkan setiap tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

Dalam pada itu, mahkamah turut mengenakan syarat tambahan yang mana kedua-dua tertuduh perlu menyerahkan pasport sehingga kes selesai serta melapor diri dua minggu sekali kepada pegawai penyiasat kes.

Kes akan disebut semula pada11 Ogos ini untuk serahan dokumen.


Tertuduh, Muammar Raid (dua dari kiri) dan Nadia (dua dari kanan) diiringi anggota polis untuk didakwa atas tuduhan memiliki wang kertas palsu di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.- Foto NSTP/Danial Saad
https://www.bharian.com.my/berit ... h-miliki-wang-palsu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 11:06 PM | Show all posts
aku kalo dpt duit 100 kt atm buat trauma btol.....cuak beb
bwk p mamak dia tgk aku pun lain macam....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.211966 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list