CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1284|Reply: 11

Banjir Baling: Sanusi Dituduh Ada Kepentingan, Cuba Lindung Projek Musang King

[Copy link]
Post time 6-7-2022 04:32 PM | Show all posts |Read mode
BALING: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan beliau mempunyai kepentingan dalam projek tanaman Musang King di Gunung Inas, di sini yang didakwa menjadi punca banjir dan kepala air melanda Kampung Iboi.


Katanya, projek tanaman Musang King itu dijalankan sebelum beliau mengambil alih kedudukan sebagai Menteri Besar Kedah dan pihaknya juga sudah memberi arahan untuk menghentikan projek itu pada Julai 2020 selepas dua bulan menjawat jawatan itu.


Foto: The Vibes




"Orang kata saya nak cover (lindungi projek) Musang King, jadi pi habaq (beritahu) tandak (takungan air) kampung (di gunung itu) pecah, tak betul tu (dakwaan projek Musang King jadi punca).


"Buat apa saya hendak cover (lindung) kerana Musang King itu ditanam sebelum zaman saya. Saya masuk (jadi Menteri Besar) pokok itu sudah ada.


"Saya ada fakta dan angka untuk adil kepada semua. Hendak lindung siapa? Kita akan selamat apabila kita pegang kepada fakta dan angka," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Pejabat Daerah dan Tanah Baling di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian mengulas kritikan bahawa kerajaan negeri gagal bertindak dalam soal projek tanaman Musang King di Gunung Inas, sehingga menyebabkan musibah banjir dan kepala air melanda sehingga menjejaskan 12 kampung dan mengorbankan tiga nyawa.


Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri berkata, pihaknya tidak mahu menyalahkan sesiapa termasuk orang kampung yang memerlukan tandak untuk menyalurkan air ke rumah masing-masing.


Katanya, sekarang bukan masa untuk saling salah menyalahi satu sama lain dan beliau tidak berhasrat menggalakkan rakyat untuk saling salah-menyalahi.


"Adalah ahli politik yang bijaksana ini pun awal-awal lagi dia dah kelepiak (tepis) dah kan...menitik dua tiga air mata dia blah (pergi) selamatlah. Orang lain tanggunglah pulak.


"Saya kata jadi pemimpin, jadi kerajaan apabila saling salah-menyalahi, saya rasa masyarakat kita tidak akan ke mana. Jadi tidak bagus untuk benda itu," katanya.


Muhammad Sanusi menjelaskan kerajaan negeri sangat komited dalam pemuliharaan hutan apabila jumlah hutan gantian sedia ada pada keluasan 22,000 hektar melepasi kadar 15,000 hektar yang ditetapkan.


Katanya, penanaman pokok durian pula hanya dibenarkan pada kadar 20 peratus dalam kawasan ladang hutan sebelum ini. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 11:16 PM | Show all posts
'entah siapa yg salah.....ku x tahu.............
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
musangbodoh replied at 6-7-2022 11:16 PM
'entah siapa yg salah.....ku x tahu.............

Kesian musang kene tudoh.  Kat topik sebelah aku dah kata yang banjir lumpor Baling ni mungkin lahar yang escape dari volcano or perot bumi.  Baling juge penah kene gempe, bukannye stabil.  Pegi la suroh jabatan geologi tu kaji lumpor tu sebelom bertekak sana sini.  
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 12:43 AM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 6-7-2022 11:26 PM
Kesian musang kene tudoh.  Kat topik sebelah aku dah kata yang banjir lumpor Baling ni mungkin lah ...

aku suspek mmg empangan pecah atas tu(katenye 2 padang bola)...

bab lumpur keluar dari bwh tanah xde plak aku dgr org sana sibuk jumpa emas bagai...


Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
musangbodoh replied at 7-7-2022 12:43 AM
aku suspek mmg empangan pecah atas tu(katenye 2 padang bola)...

bab lumpur keluar dari bwh tanah  ...

Tatau la bro.  Tiap kali pon empangan yang buad suwey & makan nyawe orang.  Pastu meratib kata banjir kilat.  Yang in caj empangan2 ney sume OKU gak ke yang takleh didakwe di mahkamah?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 02:00 AM | Show all posts
senang je dia jwb..not during my time...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2022 07:14 AM | Show all posts
Kaki cakap berbelit dan rasa diri maksum..orang lain yang buat salah
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari tahun 2018 lagi. Pi tny kat dap, ph pkr anwar mukhriz la...dia pun dah habaq situ suh hentikan..tapi tokei cina tu sapa jaga? Pi tny mukhriz hamjad tu ...
Kg aku dulu pun pun pkai air dr gunung..tapi klau hujan lebat xpernah lg jd mcm ni... Sbb xde org kacau hutan gunung tu..hutan rimba..tp air mmg best..sejuk sampai berasap2 airnya kdg2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 09:26 AM | Show all posts
mustahil lah

Selangor lagi banyak projek

habis pokok tebang bukit rata

tak banjir pun

mesti bala ni

kedah kan ramai ajaran sesat, bangsa etis gay pondan pedo

siap eksport masuk Selangor lg

habis Selangor banjir dngn puak2 tu

eeeeeeeeeeeeeeeeee



Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
bala sebab menyembah kubur kat gunung jerai kot? ????

dimana lobai memerintah..disitu ada banjir
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 11:57 AM | Show all posts
tiada jalan penyelesaian, selagi bukit bukau ditarah untuk musang king, akan terjadi bala
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 02:57 PM | Show all posts
Wartawan check lah pakai drone betul ka ada empangan pecah.

Kita bukan hidup zaman dulu semuanya diselubungi misteri nak senang kerja salahkan hantu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.053843 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list