CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 465|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tubuh Suruhanjaya Siasatan Awam tangani banjir lumpur, kepala air di Baling

[Copy link]
Post time 6-7-2022 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Tubuh Suruhanjaya Siasatan Awam tangani banjir lumpur, kepala air di Baling

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Julai 6, 2022 @ 2:00pm  bhnews@bh.com.my




Sebuah rumah ditimbuni kayu balak dan tanah dibawa arus berikutan hujan lebat berterusan selama tiga jam yang menyebabkan banjir kilat di Kampung Iboi, Kupang. - BERNAMA




GEORGETOWN: Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan negeri Kedah lebih bertanggungjawab terhadap kejadian banjir lumpur dan kepala air di Baling yang berlaku Isnin lalu.

Malah, SAM juga kesal dengan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang sekali lagi mengaitkan punca masalah kepala air dengan pengumpulan air di hulu berikutan hujan, sama seperti tragedi Gunung Jerai tahun lalu.

Presiden SAM, Meenakshi Raman berkata, fenomena kepala air tidak boleh dijadikan alasan mudah dengan hanya melihat foto sejumlah besar pokok dan kayu balak yang dihanyutkan dengan air dan sarat kelodak.

Selain itu, katanya, terdapat satu video tular di media sosial yang menunjukkan sebuah syarikat mempromosikan ladang durian musang king di kawasan Gunung Inas, membabitkan pembukaan hutan secara besar-besaran.

"Muhammad Sanusi pasti pernah melihat video berkenaan dan menjelaskan sama ada ia palsu atau benar, kerana kredibiliti kerajaan Kedah dipertaruhkan.

"Tanggapan Muhammad Sanusi yang menyalahkan alam semula jadi sebagai punca banjir teruk adalah paling tidak bertanggungjawab, kerana ia bertentangan dengan logik dan akal fikiran bahawa hulu Gunung Inas tidak berada dalam keadaan bersih dan tidak bebas daripada gangguan tanah," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Meenakshi berkata, pembukaan tanah yang sedang berlaku mungkin bukan bagi tujuan pembalakan, tetapi pastinya pihak berkaitan tidak boleh mendakwa tiada apa yang berlaku di kawasan itu.

Katanya, SAM juga terkilan dengan maklum balas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang mendakwa tiada aktiviti pembalakan aktif dilaporkan di Hutan Simpan Gunung Inas.

"Dakwaan Menteri bahawa 5,000 pokok sudah ditanam di kawasan seluas 52 hektar sebagai sebahagian daripada usaha penghutanan semula di kawasan itu tidak memberi keselesaan kepada kami, kerana usaha berkenaan tidak penting, berbanding ratusan atau ribuan hektar yang ditebang bagi ladang atau tujuan lain.

"Bagi menjelaskan perkara itu dan mendapatkan semula keyakinan orang ramai, SAM sekali lagi menyeru kerajaan negeri Kedah mengadakan Suruhanjaya Siasatan Awam bagi mengenal pasti punca kejadian banjir di Baling atau tragedi Gunung Jerai," katanya.

Meenakshi berkata, siasatan sedemikian diperlukan bagi memastikan punca sebenar apa yang berlaku di Kedah dan langkah serta jurang yang perlu ditangani dengan segera.

Katanya, sekadar menyalahkan alam semula jadi tidak akan berkesan lagi kerana keamatan dan kekerapan hujan lebat akibat perubahan iklim akan menjadi masalah berulang.

"Bagi Kerajaan Persekutuan pula, tidak cukup hanya lihat sebagai pemberi bantuan tunai kerana langkah bantuan sebegitu tidak akan menghalang bencana daripada berlaku, bukan sahaja di Kedah tetapi semua negeri lain, yang mempunyai penebangan hutan secara berleluasa termasuk semua jenis tujuan seperti pembalakan, perladangan dan aktiviti perlombongan.

"Sudah tiba masanya bertindak dengan penuh tanggungjawab dan mencegah tragedi selanjutnya serta tidak perlu menunggu bencana berulang," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.060369 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list