CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 4336|Reply: 36

Masih ‘Laku’ Dengan Jenama Antarabangsa, Neelofa Syukur Niqab Jadi Ruang Dakwah

  [Copy link]
Post time 6-7-2022 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 6-7-2022 12:42 PM

Pejam celik pejam celik.. sudah dua tahun pelakon Neelofa tampil dengan imej berniqab.

Neelofa, 33, ditanya respon apabila jenama antarabangsa masih sudi bekerjasama sehingga hari ini.

Kata pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, dia bersyukur dan terkejut kerana penampilan berniqabnya itu tidak menjadi penghalang untuk dia menggayakan fesyen jenama antarabangsa.

Katanya lagi, secara tidak langsung ia menjadi ruang dakwah kepada orang ramai.

Terkejut juga. Sebab saya faham kalau ada jenama yang sedikit takut atau khuatir sekiranya tidak mendapat engagement yang tinggi.

Mereka yang dah pernah bekerja dengan saya, mungkin tahu perkongsian saya memberi kesan yang bagus. Sebab itu mereka teruskan kerjasama.

Saya bersyukur dan bangga juga sebab secara tak langsung menjadi ruang dakwah. Inilah pakaian wanita Muslimah selain daripada bertudung yang kita boleh kongsikan.

Isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz berkata demikian ketika di majlis pelancaran Disney X Naelofar Alice In Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, usahawan terkenal ini mengakui tersentuh hati apabila stesen televisyen memberi peluang untuk dia tampil sebagai hos biarpun sudah berpurdah.

Saya lebih terkejut dan tersentuh sebab stesen TV masih menerima seperti Nona berlapang dada untuk menerima mereka yang berniqab atau berpurdah untuk tampil sebagai pengacara.

Pada tahun 2020, Neelofa membuat keputusan untuk berniqab dalam usaha untuk memperbaiki keperibadiannya dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz atau Haris Mohd Ismail pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Sumber: Instagram @neelofa

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 6-7-2022 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mereka yang dah pernah bekerja dengan saya, mungkin tahu perkongsian saya memberi kesan yang bagus. Sebab itu mereka teruskan kerjasama.

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 03:17 PM | Show all posts
teruskan la buat benda2 utk buatkan ko kekal relevan dalam industri ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
ooooo gitu..ingat mcm mizz nina..rupanya masih suka yg lagha..masih sayangkan dunya
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 04:30 PM | Show all posts
jihyomelly replied at 6-7-2022 08:11 AM
ooooo gitu..ingat mcm mizz nina..rupanya masih suka yg lagha..masih sayangkan dunya

mizz nina tu betul punya tinggal industri.i tahu dia org malaysia pun lambat
lagu dia yang bebeh bebeh dgn omputih tu
mmg nampak liar sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 04:44 PM | Show all posts

berpurdah tp baju diaaaa kemainn overrrr~
xdak nmpk langsung konsep bersederhana
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah...semoga dapat banyak endorsement dari kota2 pesen seperti London , Paghis, Nuyok, Batu Pahat Dan Klang
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa aje jenama antarabangsa yg berkerjasama dgn Jahteks labuh ni skrg?
1 ketol iklan tv pun aku tak pernah nampak
1 ketol magazine pun tarak.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 6-7-2022 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya bersyukur dan bangga juga sebab secara tak langsung menjadi ruang dakwah. Inilah pakaian wanita Muslimah selain daripada bertudung yang kita boleh kongsikan.


INILAH PAKAIAN MUSLIMAH katanya
Jah, rumah ko ada full length mirror tak jah?
Kalu takde ko pm aku alamat ko jah
Bulih aku orderkan utk ko
Utk ko telek dr ujung rambut sampai ujung kaki PAKAIAN MUSLIMAH ko tu sblm kluar rumah
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
.
Jenama malang mana tu nk ambil?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham langsung maksud niqab purdah ke jah. Paling tak boleh blah pak ustat pn fail?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 07:56 PM | Show all posts
Edited by Hypothetically at 6-7-2022 08:58 PM

1st time dlm sejarah, aku nampak isteri sorang ustaz yg lavishly berfesyen. Selalunya aku tengok isteri2 ustaz semua sgt sederhana dlm berpakaian. Mungkin bukan itu keutamaan mereka. Tapi yg dia ni, lain dari yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Hypothetically replied at 6-7-2022 11:56 AM
1st time dlm sejarah, aku nampak isteri sorang ustaz yg lavishly berfesyen. Selalunya aku tengok ist ...

.
Dia nak buat new normal?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Disney malaysia aje ponnn
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz ustazah xde yg tegur eh. Lopa smpai bila nk brniqob tu. Xwajib pun
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdakwah lah kamu.. Sepuasnya.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 6-7-2022 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
psl semua tiru arab....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Hypothetically replied at 6-7-2022 07:56 PM
1st time dlm sejarah, aku nampak isteri sorang ustaz yg lavishly berfesyen. Selalunya aku tengok ist ...

Ade sorng mini stad kiput2 tau2 tjk burung pn lavish gakk
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
I don't think that I'd go around wearing something like that. Niqab supposed to be the interpretation of modesty
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak.dolla replied at 6-7-2022 08:01 PM
.
Dia nak buat new normal?

Ke abnormal? Dulu pun berhijab tapi berturban. Berpurdah skg pun tak ikut piawaian. Kekadang kain purdah tu jarang hingga nampak betuk muka, hidung. Sama je gaya purdah tu dgn gaya belly dancer arab buat tutup muka.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

15-8-2022 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.087761 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list