|
James Whelan, seorang gangster yang maut ditembak pada April lalu diraikan dalam satu majlis luar biasa di kuburnya, baru-baru ini.
Rakan-rakan serta ahli keluarga menganjurkan parti yang cukup meriah sempena meraikan hari kelahirannya yang ke-30 biarpun dia sudah lama meninggal dunia.
Bertempat di Tanah Perkuburan Dardistown, Dublin, majlis berkenaan diraikan meriah dengan taburan bunga, belon, bunga api, serta champagne untuk tetamu.
 Foto: Daily Star
Untuk rekod, gangster itu mati ditembak mati pada 3 April, dipercayai dibunuh kerana pertelingkahan yang melibatkan pengedar dadah yang berpangkalan di Finglas.
Sebelum ini, majlis pengebumian gangster itu turut dibuat dengan gilang-gemilang.
Dia dibawa ke gereja dengan kereta kuda, dihiasi dengan bunga putih dan dikebumikan di dalam keranda emas. -CARI
Sumber: mStar/ Daily Star |
|