CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 0

[Kedah] Terkilan tak sempat tunaikan permintaan isteri

[Copy link]
Post time 5-7-2022 03:55 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR kenangan Mohd Khairul Asyraf bersama arwah isterinya, Nurul Anis yang meninggal dunia dalam tragedi kepala air di Kampung Iboi. FOTO ihsan keluarga

Baling: "Saya bersyukur apabila jasad ketiga-tiga orang yang saya sayang ditemukan tak sampai 24 jam dalam keadaan sempurna oleh pasukan penyelamat hari ini.

"Walaupun terkilan kerana tak sempat tunaikan permintaan arwah isteri (Nurul Anis Abu Hassan, 28) untuk membawanya keluar makan hari ini, saya reda dengan apa yang berlaku," kata Mohd Khairul Asyraf Nor Azman, 24.

Menurut Mohd Khairul Asyraf, isterinya yang hamil empat bulan sepatutnya melakukan pemeriksaan kandungan hari ini malah dia tidak sabar untuk melihat jantina anak sulung mereka.


Katanya, dia yang bekerja di Pulau Pinang berjanji akan pulang ke rumah hari ini selain mahu menunaikan hasrat isterinya untuk makan piza.

"Dia juga beritahu tak kisah anak kami lelaki atau perempuan malah dia juga seronok hendak membuat persiapan membeli barangan bayi.

"Sejak malam tadi, saya berdoa supaya ibu (Salmah Mat Akib, 51), isteri dan adik lelaki (Khairul Ikhwan Nor Azman, 14) ditemukan segera akibat kejadian kepala air yang berlaku semalam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Khairul Asyraf berkata, tak banyak perubahan berlaku pada mereka bertiga malah tidak menyangka ketiga-tiga mereka terkorban dalam tragedi itu.

Katanya, jenazah ketiga-tiga ahli keluarganya itu dijangka dikebumikan di Kampung Charok Bemban, di sini, sehingga urusan di Unit Forensik Hospital Baling selesai.

Hari ini, jasad Nurul Anis ditemukan 9.30 pagi tadi diikuti ibu mentuanya yang ditemui dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari rumah mereka yang dihanyutkan kepala air semalam.

Jasad Khairul Ikhwan, pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai ditemui 11.55 pagi tadi.

Dalam kejadian 6 petang semalam, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di Mukim Kupang dan merosakkan sekurang-kurangnya 20 Kampung.

Kawasan dilaporkan terjejas teruk adalah Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas selepas berlakunya limpahan sungai di kawasan berdekatan.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... n-permintaan-isteri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.063893 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list