CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 0

[Pahang] 52 penunggang motosikal didenda atas pelbagai kesalahan di Bentong

[Copy link]
Post time 4-7-2022 04:29 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG pegawai polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong membuat pemeriksaan terhadap penunggang sempena Op Motosikal di laluan Tol Karak berdekatan Bentong, Pahang. - IHSAN IPD BENTONG


BENTONG: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bentong mengeluarkan saman kepada 52 penunggang motosikal membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas sempena Op Motosikal di lorong Tol Karak dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, Op Motosikal antara pukul 10.30 pagi sehingga 1 tengah hari di laluan tersebut, polis trafik telah mengesan antaranya kesalahan menunggang tanpa lesen yang sah, pengubahsuaian spesifikasi motosikal yang boleh mengundang bahaya serta pelbagai kesalahan lain.

“Operasi ini untuk mendidik pengguna jalan raya bagi mengurangkan kadar kemalangan membabitkan motosikal sama ada melibatkan penunggang sendiri atau membahayakan orang lain.

“Kita mendapati walaupun operasi dan penguatkuasaan sering dijalankan, masih ada penunggang motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan melibatkan kenderaan masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, penunggang terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 26, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM300 dan maksimum melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya.

“Polis memandang serius tentang penunggang motosikal yang melakukan kesalahan lalu lintas dan tidak akan berkompromi dan akan mengenakan tindakan berasaskan undang-undang lalu lintas.

“Hal ini kerana kadar kemalangan melibatkan penunggang motosikal merupakan penyumbang tertinggi bagi kes kemalangan di kawasan IPD Bentong,” katanya.

Zaiham menambah, IPD Bentong kerap menerima aduan dan rungutan orang ramai yang bimbang serta tidak berpuas hati dengan cara penunggang motosikal yang tidak menghiraukan keselamatan orang ramai. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... salahan-di-bentong/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.049854 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list