CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kekal jual roti canai RM1 sekeping

[Copy link]
Post time 4-7-2022 01:04 PM | Show all posts |Read mode

PENIAGA roti canai Ismail Ibrahim, 63, masih menjual roti canainya pada harga RM1 di kedainya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang meskipun berdepan pelbagai kenaikan kos bahan mentah yang mendadak ketika ini.


BUKIT MERTAJAM: Kenaikan harga barang asas yang mendadak ketika ini tidak memaksa seorang pengusaha roti canai dekat Jalan Permatang Rawa di sini, menaikkan harga roti canainya yang dijual hanya RM1 sejak sekeping sejak enam tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemilik Roti Canai Ismail, Ismail Ibrahim, 63, berkata, dia masih mengekalkan harga itu untuk roti canai kosong meskipun berlaku kenaikan kos bahan mentah seperti tepung gandum, kacang parpu atau dal, telur dan bahan-bahan lain saban tahun.

“Kalau sebelum ini harga seguni tepung gandum untuk 25 kilogram (kg) dijual pada harga RM50, namun kini naik kepada RM70 seguni.

“Seguni kacang parpu untuk 10kg dulu pula cuma RM23, kini RM32. Kenaikan harga barangan ini memang memberi kesan kepada majoriti rakyat,” katanya semalam.

Menurut Ismail, ekoran situasi kenaikan kos sara hidup yang disifatkannya kian meruncing, dia tidak tergamak menaikkan harga roti canai sesuka hati meskipun pulangan yang diperoleh tidak sebesar mana.

“Untung tak banyak. Asalkan boleh buat pusingan modal tu sudah bersyukur. Yang penting niat saya mahu sama-sama kongsi rezeki dengan pelanggan yang selama ini menyokong perniagaan sejak hampir 40 tahun,” kata bapa kepada tiga orang anak itu.

Katanya, dalam sehari kira-kira 250 keping roti canainya terjual dengan beberapa pilihan menu termasuk roti canai banjir, roti canai telur serta roti canai sardin selain roti canai kosong.

“Selalunya pelanggan lebih gemar makan roti canai banjir iaitu campuran kuah kari dan kuah parpu bersama telur sebiji berharga RM2 sahaja,” katanya.

Katanya, dia mempelajari ilmu menebar roti canai dengan arwah bapanya yang pernah bekerja sebagai penebar roti canai di kedai nasi kandar di Bukit Mertajam sejak 1970-an.

Sementara itu, seorang pelanggan setianya, Azimin Ramli, 37, berkata, dia sanggup berulang-alik dari kediamannya di Kulim, Kedah ke Permatang Rawa semata-mata ingin mendapatkan roti canai banjir Ismail.

“Tak kedekut kuah selain rasanya lain dari yang lain. Makan sekeping memang tak cukup, malah roti canai juga lembut. Dari segi harga pula amat berpatutan. Memang susah nak jumpa harga macam tu di kedai roti canai lain sekarang,” katanya yang telah menjadi pelanggan setia Ismail sejak 11 tahun yang lalu. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... canai-rm1-sekeping/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.065905 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list