CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 307|Reply: 0

[Kedah] Anggota polis cedera dilibas parang

[Copy link]
Post time 4-7-2022 12:48 PM | Show all posts |Read mode

LANS Koperal Ismarizal cedera akibat dilibas dengan parang. FOTO ihsan polis

Jitra: Seorang anggota polis cedera di tangan selepas terkena parang yang dilibas seorang lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Lorong Masjid Kampung Lubuk Air, Air Hitam dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian 10.30 malam itu, Lans Koperal Ismarizal Ismail, 37, dari Balai Polis Air Hitam sedang menjalankan tugas Op Cegah bersama kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kubang Pasu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, terdahulu kakitangan AADK ke rumah lelaki berusia 26 tahun itu bagi menahannya, namun suspek enggan memberi kerjasama dan turut mengugut mereka menggunakan parang.


Berikutan itu katanya, pihak AADK terpaksa membuat laporan di Balai Polis Air Hitam sebelum anggota polis bertindak ke lokasi bagi menahan suspek mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

"Namun, ketika hendak menangkap suspek, lelaki itu bertindak agresif dan berlaku pergelutan menyebabkan parang yang dilibasnya terkena tangan anggota polis menyebabkannya cedera di jari.

"Bagaimanapun suspek berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rodzi berkata, anggota polis yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Ujian saringan awal terhadap suspek mendapati dia bebas pengambilan dadah, namun semakan mendapati dia mempunyai rekod lampau dan pernah dihukum mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Turut dirampas parang yang digunakan suspek dalam kejadian itu bagi dijadikan bukti kes," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dera-dilibas-parang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.057293 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list