View: 733|Reply: 5
|
Perkahwinan Datuk Bandar Dengan Aligator Disambut Meriah
[Copy link]
|
|
Datuk Bandar sebuah bandar kecil Mexico San Pedro Huamula, Victor Hugo Sosa 'berkahwin' dengan seekor aligator dalam satu upacara, meraikan asal usulnya dan meminta nasib baik untuk komunitinya, lapor Agensi Anadolu.
Perkahwinan itu diraikan pada Khamis dengan muzik rakyat dari salah satu wilayah Mexico yang paling kaya dengan budaya dan kepelbagaian, tradisi yang biasa kepada penduduk Chontales dan Huaves di San Mateo del Mar, tempat asal Hugo Sosa.
 Reuters
Reptilia berusia tujuh tahun yang memakai pakaian putih biasa mewakili alam semula jadi.
Menurut ritual, perkahwinan antara 'dewa' dan pemimpin masyarakat mewakili kesatuan antara ketuhanan dan kemanusiaan.
 Reuters
Upacara itu menunjukkan sinkretisme yang biasa berlaku di seluruh komuniti orang asli dan budaya Mexico, di mana tradisi pra-Hispanik dikaitkan dengan amalan Katolik.
" erkahwinan saya dengan binatang, tradisi ini unik di bandar kami... ia menandakan penyatuan dua budaya, orang Huave di San Mateo del Mar dan bandar kami San Pedro Huamelula, penyatuan dua budaya," kata Hugo Sosa.
 Reuters
Terdapat 13 komuniti orang asli yang berbeza di negeri Oaxaca di tenggara Mexico.
Penduduk Huave berasal dari Mexico pra-Hispanik, dengan beberapa sumber menunjukkan komuniti itu berasal dari Nicaragua.
Tidak seperti budaya lain yang menentang keras pencerobohan Sepanyol, orang asal Huave kononnya mempunyai hubungan dengan penceroboh Sepanyol.
 Reuters
Menurut bancian terakhir pada 2020, 6.1 peratus daripada penduduk Mexico yang berumur tiga tahun ke atas bercakap bahasa asli, mewakili lebih tujuh juta orang.
Di samping itu, banci yang sama melaporkan 11.8 juta orang tinggal dalam isi rumah orang asli.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak macam kat Malaysia, rupanya bukan. Memang pelik kalau pemimpin Malaysia kahwin dengan buaya |
|
|
|
|
|
|
|
So...bila kenduri sambut menantu? Alih2 mnantu jd santapan |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal diikat mulut pengantin pompuan tu?habis malam pertama mulut bukak ke idok? |
|
|
|
|
|
|
|
Tong r dpt kawen dgn datuk bandar |
|
|
|
|
|
|
|
kebodohan apa lagi ni...
ini kalau hari hari ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|