CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 1

Penduduk Bimbang Jumpa Kucing Peliharaan Dikerat Dua

[Copy link]
Post time 2-7-2022 02:13 PM | Show all posts |Read mode
Jenayah penganiayaan terhadap dua kucing yang dikerat dua menggemparkan sebuah komuniti di Miami, Florida.


Daily Star kelmarin melaporkan, seorang penduduk di bandar Weston itu, Sergio Rodriguez hanya menemui separuh badan kucingnya, Bean yang mati pada awal Jun lalu.


Rodriguez dimaklumkan jirannya bahawa ini bukan kali pertama kucing ditemui mati dan dicacatkan di bandar itu, demikian menurut akhbar Miami New Times.




Pejabat Syerif Broward (BSO) menerima laporan dua insiden berkenaan. - Next Door / Facebook





Dua insiden ngeri itu dilaporkan kepada Pejabat Syerif Broward (BSO). Mereka meminta penduduk melaporkan sebarang kematian haiwan yang mencurigakan di kawasan itu.


Penduduk di kejiranan itu berada dalam keadaan panik, demikian menurut laporan akhbar tempatan.


Ada yang membuat spekulasi bahawa pembunuhan itu dilakukan seorang pembunuh bersiri, manakala sesetengah yang lain menuduh ia dilakukan kanak-kanak bermasalah.


Seorang pegawai berkata, kecederaan pada kucing itu adalah disengajakan dan bukan berpunca daripada serangan haiwan lain.


“Tiada darah pada kucing atau rumput di tempat kejadian. Bahagian belakang kucing itu tidak dipaparkan dalam gambar,” jelas media tempatan sebagai memetik laporan insiden itu.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada darah di tempat kejadian maknanya sah ada orang yg bunuh kat tempat lain dan campak bangkaì kat tempat lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.064596 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list