CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 0

[Negeri Sembilan] JKNS arah tutup 34 premis hurungan lipas, lalat, tikus

[Copy link]
Post time 2-7-2022 10:56 AM | Show all posts |Read mode

Sebanyak 34 premis makanan diarahkan tutup disebabkan hurungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) menerusi Operasi Sanitasi (Operasi Premis Bersih) 2022 yang dijalankan serentak oleh Pejabat Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) di sembilan daerah di negeri ini, kelmarin. NSTP/IHSAN JKNS

SHAH ALAM: Sebanyak 34 premis makanan diarah tutup serta-merta menerusi Operasi Sanitasi (Operasi Premis Bersih) 2022 yang dijalankan serentak oleh Pejabat Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) di sembilan daerah di negeri ini, kelmarin.

Kesemua premis berkenaan diarah tutup disebabkan oleh hurungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) dan mendapat markah demerit yang sangat rendah.

Pengarah JKNS, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman, berkata operasi khas bermula jam 6 petang hingga 1 pagi itu dijalankan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Katanya, pelaksanaan operasi itu bertujuan memastikan premis yang beroperasi sehingga lewat malam mengekalkan tahap kebersihan optimum bagi mengelak kes keracunan makanan.


"Sebanyak 207 premis makanan diperiksa dan 34 diarahkan tutup kerana hurungan LILATI, selain mendapat markah demerit yang amat rendah.

"Sebanyak 263 notis 32B mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 dengan nilai kompaun RM167,300 dikeluarkan ke atas semua pemilik premis berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mahu memastikan premis itu bebas daripada pencemaran makanan dengan bahan cemar mikrobiologi atau bahan toksik yang membahayakan kesihatan.

Katanya, JKNS sentiasa peka terhadap status keselamatan dan kualiti makanan yang dijual kepada orang ramai, khususnya membabitkan aspek kebersihan premis makanan di negara ini.

"Justeru, kita akan terus komited dalam melaksanakan pelbagai Operasi Keselamatan Makanan meliputi Operasi Bertema dan Operasi Premis Bersih dan secara berkala.

"Semua pengusaha makanan diminta sentiasa memastikan premis dan produk jualan mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan berkaitan.

"Pengguna pula dinasihatkan peka dan bijak memilih premis makanan yang bersih dan selamat," katanya.

Beliau berkata, orang ramai disaran menyalurkan maklumat berkaitan premis kotor atau produk makanan kepada PKD terdekat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) atau Facebook JKNS.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-lipas-lalat-tikus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.047757 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list