“Asyik kami nak kena beralah, beri laluan, kami pun kejar masa untuk kerja, awak senang dan kami tanggung jalan sesak”.
Demikianlah luahan rata-rata pengguna jalan raya yang kurang senang apabila laluan mereka dihalang gara-gara perlu memberi keutamaan kepada kenderaan VIP terlebih dahulu.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik seorang pengguna Twitter, memaparkan suasana kecoh di sebuah persimpangan jalan raya apabila sekumpulan penghantar makanan dan beberapa penunggang motosikal lain membunyikan hon masing-masing ketika ketibaan konvoi VIP tersebut.
Foto: Twitter
“Ada VIP kena hon dengan orang ramai sebab buat orang lain sesak sebab jalan kena tutup sekejap nak bagi dia lalu,” ciapnya.
Melihat pada rakaman tersebut, beberapa anggota polis dan trafik sedang bertugas menjaga laluan berkenaan serta memastikan tiada kenderaan lain yang melaluinya dahulu sebelum ketibaan VIP terbabit.
Twitter
Dalam pada itu, keadaan jalan di sana menjadi sesak kerana banyak kenderaan lain terpaksa berhenti dan menunggu sehingga menimbulkan kemarahan ramai.
Menjengah ke ruangan komen pula, pelbagai reaksi turut diberikan orang ramai dan ada yang sempat berkongsi pengalaman mereka ketika berdepan dengan situasi sama.
“Tak akan kita sahaja kena mengalah, kita pun kejar masa nak pergi kerja, ada waktu memamng jalan akan sesak dan sebagainya, kalau nak sampai tepat pada waktu, bertolak awal, tak kira la awak VIP atau bukan,” pesan seorang pengguna.
“Punca jalan sesak sebab konvoi kenderaan VIP macam ini la, saya sendiri pernah kena marah dengan pihak berkuasa sebab lalu juga, waktu itu memang saya ada hal kecemasan dan perlu cepat, tak ada masa nak tunggu lama semata-mata bagi laluan pada mereka,” luah pengguna lain. – CARI
Post time 1-7-2022 12:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
patut VIP VIP ni ikut aje cam marhean lain tempuh jammed jgn bg keistimewaan brlah diaorg taw apa rakyat rs hari2 kena tempuh jammed tu
pengecualian utk ambulance, Bomba dan setara dgnnya aje yg blh ada privileged
Post time 1-7-2022 01:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kalau plus dari klia ke bangi tu sokmo2 la vvvvvvip hanat mana entah baru kuor flight agaknya manjang kene ketepi. tak kira la sesak ke tak pun gigih suruh org ketepi. dasarrrr b*b*
Post time 1-7-2022 01:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sesapa lalu Jalan Tun Razak
Mesti paham sgt
Kejap2 kena bg laluan kat vvip
Dh la jalan tu mmg laluan segala mala ambulans
Dh tentu2 kena bg jalan
Klu hujan lagi serabut
kalau subsidi kepada rakyat sikit2 kena tarik dah, why not privilege mcm ni kepada VVIP pun sikit2 ditarik...elaun2 MP pun takde ditarik pun kan? semoga mampus semua VIP ni runtuh bersama rumah banglo dorg. sorry tercurse di hari jumaat...
Post time 1-7-2022 03:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
i rasa yg vip ni ada byk kategori. yg nak lakukan urusan2 penting negara yg memerlukan masa yg singkat ke sana kemari, boleh la di escort. i mmg paham. tp kalau kau setakat nk merasmi majlis, pecah tanah dll kau keluar jela awal mcm org normal lain. apatah lagi kalau setakat nk gi bawak jalan2 gi shopping atau anak isteri ape semua tu lagila x boleh.