CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1001|Reply: 6

"Hari Tu Hakim Emergency Leave, Hari Ini Berkursus Pulak!’"– Netizen Naik Berang Mahkamah Tangguh Kes Baby Syifaa

[Copy link]
Post time 30-6-2022 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Sebelum ini isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam meluahkan pandangan tentang kes kematian Baby Syifaa yang dilihat meragukan dan tidak masuk akal serta perlu disiasat.


Umum sedia maklum pada 29 Jun 2022 (semalam), sebutan kes inkues bagi mencari punca sebenar kematian Baby Syifaa atau nama sebenarnya Nour Rania Asyifaa Yuseri yang didakwa terjerut kain buaian tidak dapat dijalankan kerana Hakim Koroner dilaporkan mengikuti kursus.


Hal tersebut tular dan menjadi bualan hangat orang ramai di media sosial, apatah lagi ramai yang ingin mengetahui tentang kebenaran disebalik kematian tragis bayi perempuan berusia 15 bulan itu.


Foto: IG




Menjengah ke Instagram bapa kepada bayi syurga ini iaitu Yuseri Yusoff, berkongsi bahawa dia ‘dinasihati’ Hakim Mahkamah Sesyen Seremban untuk tidak mengulas dan berkongsi sebarang perkembangan mengenai kes kematian anaknya di media sosial.


Namun melihat muat naik terkini Yuseri, dia mendedahkan tidak mendapat sebarang perintah dan larangan secara bertulis dari mahkamah berkenaan perkara tersebut. Yuseri dengan tegas akan berkongsi perkembangan kes Baby Syifaa sehingga keadilan terbela untuk anak bongsunya itu.




  



“Tiada Perintah dan Larangan bertulis yang diterima oleh Peguam Pemerhati Keluarga hari ini. Ringkasnya, saya tidak menerima sebarang arahan atau larangan dari mahkamah hari ini selain ‘nasihat’ YA Hakim.


Sebelum ini, saya mempersoalkan Jabatan Peguam Negara kerana tidak menjawab surat kami yang telah dihantar secara bertulis. Dua bulan lagi inkues berjalan. Aku tak peduli tentang inkues lagi, malah aku sengaja berkongsi laporan post-mortem, gambar kecederaan Baby Syifaa.” Tulisnya


Dalam muat naik yang dikongsikan, Yuseri mendedahkan sistem keadilan yang sepatutnya berperanan menegakkan keadilan kini sanggup menutup kebenaran dengan pelbagai alasan.




  



“Kini masyarakat boleh menilai bagaimana sistem yang sepatutnya menegakkan kebenaran demi kedaulatan undang-undang sedang bertungkus-lumus menutup kebenaran,” coretnya.


Melihat muat naik yang dikongsikan oleh bapa Baby Syifaa di Instagram, membuatkan ramai warganet memberi komen diruangan komen. Ramai yang meluahkan rasa marah dan mengkritik pihak berkuasa seolah-olah sengaja menangguhkan kes inkues Baby Syifaa.


“Macam-macam alasan tak munasabah. Terus lawan untuk Baby Syifaa tuan YY #justice4babysyifaa”


“Hakim kursus hari ni, 22 September nanti Hakim m*mpus pula agaknya”


“Kursus apa? Harap bukan kursus kahwinlah.. Kang 22 haribulan umum tarikh kahwin pula”


“Kes berat tapi mahkamah pandang rendah. Hakim kursus lah, Hakim mc lah. Apa punya s*al undang-undang kat Malaysia ni”


“Mula-mula EL…. Lepas tu kursus.. Halah halah… Teruk sangat dah ni” komen netizen berang


“Berkursus.. Adoi.. Inkues ni dah letak tarikh kan sebulan lepas.. Hakim kelawakan.. Apakah ini”


“Tiba-tiba waktu kejadian pergi kursus. Eh tiba-tiba, EL. Apo?”


  



“Undang-undang yang melindungi penjenayah.. Kejam mahkamah dunia.. Yang terlibat jangan ingat senang-senang nak taubat ya.. Jawablah dulu sebab bersubahat”


“Haritu Hakim emergency leave harini berkursus pula, macam-macam alasan tangguh banyak kali dah ni. Kami dok perhati ja kes ni”


“Tangguh lagi… Aduh.. Kalau kes lain within 24 jam dah kena tangkap suspek..” komen mereka.




  



  



Untuk rekod, kes sebutan inkues Baby Syifaa akan dibicarakan semula dengan tarikh baru pada 22 September, 10 dan 17 November 2022 ini nanti. -CARI


Sumber: Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 03:08 PM | Show all posts
sedihnya aku rasa... dh kenapa semua pihak mengelak ? kn ni kes jenayah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan diremehkan perjuangan seorang bapa dalam menuntut keadilan untuk anak kecilnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Pwliks.sungguh lah.
Tp.mmg.biasa tu berkursus kan..
Mana mana sama.je...
Padahal.boleh settle dah.tp.disebabkan berkursus..terus ditangguh
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengalir air mata tgk gmbr baby kt atas..kalo btol jenayah, sanggup ya bunuh baby yg innocent ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ada keadilan utk babu Syifaa. Bahasa bapanya masih terjaga wlpun dendam dlm hati sapa yang tahu.
Bangsat sungguh org2 gomen nih,celaru drp atas sampai bawah, yg betul buat kerja susah nak jumpa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2022 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.048362 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list