CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1743|Reply: 26

Ramai Berang Tengok Pelancong Tarik-Tarik, Cekik Leher Penyu Di Pulau Redang

  [Copy link]
Post time 30-6-2022 01:38 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan seorang lelaki memegang dan menarik seekor penyu ketika melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Redang, Terengganu mengundang kecaman pengguna media sosial.


Dalam satu rakaman tular, dia kelihatan memegang haiwan itu dengan kasar sebelum naik ke arah permukaan air.


Video itu meraih perhatian ramai selepas dikongsi ke aplikasi TikTok oleh seorang penduduk Pulau Redang yang dikenali sebagai Sue Rusli.










Menurut Sue, 31, dia terkilan dengan tindakan lelaki itu dan berharap apa yang berlaku tidak berulang lagi pada masa akan datang.


"Saya nampak ramai orang post video tu di WhatsApp. Video tu tersebar dalam kalangan orang pulau. Jadi saya minta video itu dengan sepupu dan saya kongsikan ke TikTok.


"Ramai orang kampung kami geram dengan pelaku. Setakat ini tak tahu siapa dia, tapi dia dipercayai orang luar yang datang melancong.


"Sakit hati tengok dia tarik-tarik penyu, cekik leher. Orang Pulau Redang jaga penyu sebaik mungkin, tapi orang luar buat macam ni," ujarnya dalam nada kesal.







Sue yang turut membantu bapanya mengusahakan resort di pulau itu sempat menitipkan pesan kepada orang ramai agar sentiasa menjaga kepentingan alam, khususnya ketika berkunjung ke lokasi pelancongan.


"Sejujurnya memang sedih dan sakit hati tengok video tu. Kalau datang ke tempat orang, jangan pandai-pandai buat macam tu. Tengok je macam biasa.


"Boat man pun selalu pesan kepada pelancong agar jangan sentuh ikan, penyu dan batu karang. Kita semua pun tahu tak patut untuk sentuh. Tak perlulah pergi ambil penyu tu sampai ke dasar air," ujarnya lagi.


Untuk rekod, video yang dikongsi di TikTok Sue sehingga kini meraih lebih 600,000 tontonan.


Malah, rata-rata netizen turut menyuarakan rasa berang atas tindakan tidak sensitif lelaki dalam video tular itu.


"Kenapa seksa penyu tu? Heret sapai macam tu sekali?


"Kesian penyu tu. Mesti dia rasa terancam apabila orang buat dia macam tu.


"Betul tu mana boleh pegang. Buat report. Ni jenis tak faham bahasa.


"Dia buat penyu tu macam kucing je," tulis beberapa netizen.


Selain itu, video berkenaan turut dimuat naik ke laman Twitter @ZoologiMY sehingga meraih perhatian ramai netizen.


"lease don’t do this ya. Jangan kacau penyu di dalam laut mahupun di darat.


"Jangan ganggu hidupan liar just untuk jadikan content media sosial awak," tulis pengendali Twitter @ZoologiMY.


Mengikut Akta 317, Akta Perikanan 1985, tiada seorang pun boleh memancing, mengganggu, mengusik, menangkap atau mengambil apa-apa mamalia akuatik atau penyu yang dijumpai di luar bidang kuasa mana-mana negeri dalam Malaysia.


Peruntukan undang-undang negeri yang relevan hendaklah terpakai berkenaan dengan mamalia akuatik dan penyu yang dijumpai dalam bidang kuasa itu.


Jika mana-mana mamalia akuatik atau penyu yang dijumpai di luar bidang kuasa itu ditangkap atau diambil dengan tidak sengaja semasa menangkap ikan, mamalia akuatik atau penyu itu hendaklah, jika masih hidup, dilepaskan dengan segera.


Jika telah mati, penangkapan atau pengambilannya itu hendaklah dilaporkan kepada pegawai perikanan dan mamalia akuatik atau penyu berkenaan hendaklah dilupuskan mengikut arahan-arahannya.


Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau subseksyen (3) adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 01:58 PM | Show all posts
Elok dikenakan denda buat mereka sebagai pengajaran bukan saja buat mereka tapi buat yang lain yang nak snorkeling disana.  Professional tak akan buat perangai beruk macam tu jenis baru nak jinak2 dengan snorkeling je suka buat perangai macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok bertegas mcm pihak berkuasa kat Bali sana
Melancong2 jg tp skali buat salah kena denda & halau skali
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 02:07 PM | Show all posts
jgn disebabkan dia sorang ni nanti semua pelancong tak dibenarkan snorkeling kat kaw tu dah. sedih la tgk perangan setan macam ni. mana snorkeling guide dia. pergi snorkeling ni biasanya kan ada org bawak. boatman .. atau tour guide. patut dia org kena inform si sangkak2 ni semua the do and the dont masa buat snorkeling.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 02:19 PM | Show all posts
Macam orang lokal jer.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Black list saja nama ummah sebegini. Black list for life daripada memasuki ataupun tinggal di tempat peranginan dan melibatkan diri dalam aktiviti snorkeling. Black list juga nama ke luar negara. Takat dilarang2 ummah memang takkan mau dengar punya lagi2 golongan bbnu ini. Kena jadi komunis untuk elakkan masalah sebegini terjadi lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2022 02:30 PM | Show all posts
bodoh

iols tengok semalam kat ig member sana pun menyiraaappppp sajork

sakai sgt ke sampai gitu sekali?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
peel bingai seseorg mmg sukar disorok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 02:55 PM | Show all posts
ko kenapa syaitonnn, mental ke..igt tu adik ko yg degil ke nak piat2 leher penyu tu cm gitu..haishh mesti menyumpah2 dah penyu tu dlm hati..sian ko penyuu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 30-6-2022 02:07 PM
jgn disebabkan dia sorang ni nanti semua pelancong tak dibenarkan snorkeling kat kaw tu dah. sedih l ...

Aku rasa boatman lah yang free dive tarik penyu ke surface tu.. babiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 02:58 PM | Show all posts

aah nampak mcm budak lokal je. yg x pernah jumpa penyu, mungkin 1st time dpt gi snorkling.. tu yg perangai hanat sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 03:09 PM | Show all posts
meol confuse dia maksudkan "org luar" tu dia maksudkan org luar dari redang kan bukan pelancong luar negara??? nengok mcm local je melayu bbnu
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 03:17 PM | Show all posts
ada orang kata dekat redang ni, penyu tu owner resort/snorkeling services tu dah pelihara bagi makan semua

sebab tu penyu tu tak tak lari/migrate, sebab dah biasa makan dekat situ
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh. Penyu tu bernafas pakai paru2. Kalau dia x sempat tarik nafas, boleh mati kot penyu tu dlm air
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 03:35 PM | Show all posts
JunkMail replied at 30-6-2022 02:58 PM
Aku rasa boatman lah yang free dive tarik penyu ke surface tu.. babiii

kalau boatman yang buat mmg lahanat laaa.

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 04:07 PM | Show all posts
eiii aku plak geram tgk nye.. sian kot buat cm tuhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Den tgk..Lps PKP segala mcm PKP.. perangai msg2 mcm org Sakai pun Ada .mcm org gua pun Ada..mcm meroyan pun Ada..mcm gila babi hutan pun Ada..

Dah knp? Baru 2 thn terkurung, JD mcm org gila..bkn ko gila Dr azali pun..lemah sungguh mental org Sekarang..ko makan ape dik? Cik B ka? Ke ko mkn xbc Bismillah..Tu yg tersampuk dek syaitan nirrajim..dgn ko ko mcm setan dik...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 04:30 PM | Show all posts
TabletSusu replied at 30-6-2022 02:58 PM
aah nampak mcm budak lokal je. yg x pernah jumpa penyu, mungkin 1st time dpt gi snorkling.. tu yg  ...

Sebab dia sorang jer yg berkulit gelap/sawo matang.... yang terapung ramai-ramai kat atas tu semua kulit cerah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 04:31 PM | Show all posts
baru tgk dlm majalh3 org bom ikan kat pantai ganu..lahanat betholl..tak boleh bom ikan ko gi tarik penyu tu pulakk..dasar melayu pprt caprutt!!semoga konek ko putus kena gigit dek penyu!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 04:49 PM | Show all posts
aritu aku gi tgk penyu bertelur pun x berani nak upload kat social media ...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.574802 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list