CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 781|Reply: 0

Ebit Lew bantu dua beradik masuk sekolah

[Copy link]
Post time 30-6-2022 10:30 AM | Show all posts |Read mode

Ebit Lew bertemu Yaya dan kakaknya di Pulau Tioman.

Ebit Lew bantu dua beradik masuk sekolah

PETALING JAYA – Kisah kesusahan dua beradik di Pulau Tioman yang tular di media sosial mendapat perhatian pendakwah bebas, Ebit Lew apabila beliau ke sana bagi menghulurkan bantuan.

Menerusi perkongsian pada Facebook beliau, Ebit sebak dengan dua beradik itu, Yaya, 10, dan kakaknya, 13, yang tidak bersekolah.

“Pukul 3 pagi dari Kuala Lumpur terus bergerak ke sana. Sampai rumahnya yang sangat uzur keadaannya, tandas pun kecil di luar rumah.

“Ibunya seorang diri besarkan mereka dengan pelbagai ujian hidup. Yaya teringin nak belajar seperti anak yang lain. Menangis cerita keinginannya nak belajar tapi masalah pendaftaran,” katanya pada hantaran tersebut hari ini.

Ebit berkata, kedua-dua mereka gembira apabila beliau mahu membantu Yaya dan kakaknya masuk ke sekolah dan tinggal di asrama.

“Seronok Yaya dan kakaknya. Terus bersiap-siap untuk ikut kami. Seharian bawa beli-belah dan menguruskannya.

“Sedih rasa bila dua anak ini sebaya anak saya dapat masuk belajar. Kami juga akan bantu perbaiki rumah ibunya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ebit turut berpesan supaya dua beradik itu belajar dengan rajin serta menjadi anak yang solehah dan baik.

“Semoga Allah mudahkan segalanya. Ramai lagi nasib anak begini di luar sana. Mereka anak yang baik. Semoga kita semua dapat bantu semua anak-anak di luar sana,” katanya. -KOSMO ONLINE!

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... adik-masuk-sekolah/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.087768 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list