CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tempoh diskaun tambang feri RORO dilanjutkan

[Copy link]
Post time 28-6-2022 04:48 PM | Show all posts |Read mode

SPPP akan melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus kepada pengguna feri RORO sehingga hujung tahun ini. Gambar kecil: Teik Cheng

GEORGETOWN - Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) akan melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus kepada pengguna feri RORO sehingga hujung tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Tan Teik Cheng berkata, inisiatif itu diharap dapat terus membantu mengurangkan bebanan kos perjalanan rakyat yang berulang alik menggunakan Feri RORO iaitu bagi penumpang motosikal, basikal dan beca.

Menurutnya, selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia, semua lapisan masyarakat tanpa mengira sama ada warganegara Malaysia atau tidak, akan dapat menikmati pembiayaan itu.

"Dengan pemberian 50 peratus diskaun terhadap tambang feri RORO, semua penunggang motosikal hanya perlu membayar RM1, manakala penunggang basikal hanya membayar RM0.70 sahaja.

"Inisiatif ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 100,000 pengguna motosikal dan basikal yang menggunakan perkhidmatan feri ini dalam tempoh enam bulan," katanya menerusi kenyataan di sini pada Selasa.

Mengulas mengenai inisiatif itu, Teik Cheng berkata, sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan (BBP) di bawah Kementerian Pengangkutan, SPPP telah melaksanakan inisiatif di bawah aspirasi Keluarga Malaysia ini dengan mengumumkan pemberian diskaun 50 peratus tambang feri berkenaan selama enam bulan bermula 1 Januari lalu.

Beliau berkata, sehingga 31 Mei, sejumlah 62,564 buah motosikal dan 1,393 buah basikal telah menikmati manfaat daripada pemberian diskaun berkenaan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM65,539.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ri-RORO-dilanjutkan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.083565 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list