View: 825|Reply: 14
|
Lelaki Sebabkan Budak OKU Usia 3 Tahun Kritikal Dadah Dijel 3 Tahun
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap seorang peniaga pasar borong selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mendedahkan seorang kanak-kanak lelaki orang kelainan upaya (OKU) berusia tiga tahun dengan dadah jenis methamphetamine dan heroin kira-kira dua minggu lalu.
Tertuduh, Mohd. Shahrizuan Alias, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mendedahkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan kepada sesuatu yang membahayakan tubuh badan iaitu dadah berbahaya jenis methamphetamine dan heroin.
Foto: Kosmo
Perbuatan Mohd. Shahrizuan yang merupakan orang yang mempunyai hak pemeliharaan terhadap kanak-kanak itu turut menyebabkan mangsa mengalami ‘drug toxicity’.
Kesalahan itu dilakukan olehnya di tepi sungai Kampung Sri Jaya, Mahligai, Dabong dekat Kuala Krai kira-kira pukul 3 petang pada 18 Jun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Wan Nurul Hanini memohon hukuman setimpal dikenakan kepada Mohd. Shahrizuan yang tidak sepatutnya cuai dengan meletakkan sesuatu yang boleh membahayakan kanak-kanak sehingga mangsa mengalami ‘drug toxicity’
Menurutnya, hukuman itu mengambil kira kesalahan tertuduh yang mendedahkan mangsa yang juga merupakan OKU kepada perkara berbahaya.
Mohd. Shahrizuan dalam rayuannya memohon hukuman ringan diberikan kepadanya kerana masih perlu menyara keluarga selain mempunyai dua orang anak kecil.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 19 Jun lalu selain bon berkelakuan baik dan cagaran RM3,000 dengan seorang penjamin selama tempoh tersebut.
Selain itu, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani perintah khidmat masyarakat selama 180 jam.
Mengikut fakta kes, Hospital Gua Musang menerima seorang pesakit kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa oleh ibunya untuk dirawat pada 19 Jun lalu.
Ujian saringan air kencing mendapati kanak-kanak tersebut positif dadah jenis methamphetamine dan morfin yang dipercayai terlebih dos sehingga menyebabkan mangsa kritikal.
Sehari sebelum kejadian, Mohd. Shahrizuan telah membawa keluar kanak-kanak tersebut pergi mandi sungai.
Mangsa yang dilihat mengantuk telah diletakkan di dalam kereta seorang diri sebelum lelaki itu turun semula ke sungai untuk mengambil anak lelakinya yang berusia dua tahun enam bulan.
Mangsa dipercayai meminum air mengandungi dadah milik Mohd. Shahrizuan yang diletakkan di dalam kereta itu selepas lelaki itu mendapati botol tersebut sudah kosong.
Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki kritikal selepas dipercayai tertelan dadah jenis methamphetamine atau syabu dalam kejadian di Kuala Krai pada 18 Jun lalu.
Kejadian disedari oleh ibu mangsa yang berusia 36 tahun selepas mendapati anaknya berada dalam keadaan lemah dengan muka kebiru-biruan sebelum dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan pada pukul 5 pagi keesokan harinya.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, berdasarkan maklumat ibu mangsa, sebelum itu, kanak-kanak tersebut dibawa keluar oleh bapa saudaranya sebelum dihantar pulang dalam keadaan lemah. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
setan ni elok mereput kat tali gantung je |
|
|
|
|
|
|
|
3 tahun je...abih nanti dah kuar sape nak kena bela dia? Silap2 diparangnye adik beradik....patutnye ikut stail duarte.....tembak je penagih ni semua.....kenapa keluarga nak kena hidup huru hara sebab perangai satu binatang nih? |
|
|
|
|
|
|
|
ooo kira nya tak sengaja la tu..ingat saja saja suap dadah dalam mulut budak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dah buat salah, nak merayu lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah baca sampai habis. Dia memang tak sengaja. |
|
|
|
|
|
|
|
X sengaja apa tinggal botol dadah dlm keta. Da tau ada budak kecik. Kalo bukan bdk 3 tahun tu yg kena, ntah2 anak sendiri yg kena |
|
|
|
|
|
|
|
Buat apala simpan penagih2 ni. Tiap 6 bulan sekali dapat duit bkm kkm jkm bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Mcmana keadaan budak tu skrg? |
|
|
|
|
|
|
|
PEMUDA PAS x nak komen ke bende2 mcm ni...
tak de panggung wayang pon maksiat dadah zina merata2 |
|
|
|
|
|
|
|
dia yang ckp....selagi boleh twist bagi tak nampak bersalah....
|
|
|
|
|
|
|
|
aku percaya dia ni lebih bodoh daripada jahat
semoga sembuh dari kebodohan itu selepas 3 tahun di dalam
|
|
|
|
|
|
|
|
kotakominami replied at 28-6-2022 04:22 PM
3 tahun je...abih nanti dah kuar sape nak kena bela dia? Silap2 diparangnye adik beradik....patutnye ...
Ermm penagih ni kalau kuar pastu bebetul berubah ok la juga tp semuanya jenis kuar masuk tak sudah sampai la meninggal.
Selama tu keluarga la yg menanggung perit pelihara dorang ni.
Kejap je leh rehat bila dorang masuk dalam pstu kuar balik kena hadap lagi.
Ini yg sanggup nk hidup ngn dorang la rata2 ramai je yg dh berputus asa dgn penagih. Maka hidupla dorang sorang2 dibuang keluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
Jap..nak amek anak die 2.5 thn kt sungai..die tgl anak die kt sungai ngn sape? |
|
|
|
|
|
|
| |
|