CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 0

Sakit Hati Ditegur Bising Main Gitar, Rumah Jiran Dibakarnya

[Copy link]
Post time 27-6-2022 04:56 PM | Show all posts |Read mode
JAKARTA: Polis Jatinegara memberkas seorang lelaki berusia 21 tahun yang bertindak membakar rumah jirannya di Cipinang Muara.


Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Timur, Ahsanul Muqaffi berkata, motif suspek kerana berasa sakit hati akibat ditegur jirannya, Marfuah, kerana dia kerap membuat bising dengan bermain gitar sehingga larut malam.


Foto: Agensi




Beliau juga menegaskan pelaku tidak mengambil sebarang minuman keras mahupun di bawah pengaruh dadah semasa membakar rumah mangsa.


“Suspek berada dalam keadaan sedar semasa berniat membakar rumah jirannya.


“Pada mulanya, pelaku membakar kain gendongan bayi, namun api tersebut tidak merebak ke seluruh ruangan bilik itu,” katanya.


Suspek ditahan di Pejabat Polis Jatinegara dan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung jenayah tersebut. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 07:40 PM GMT+8 , Processed in 2.226410 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list