CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 0

[Perlis] Penduduk risau Wang Kelian `terkubur' jika tidak dibangunkan semula

[Copy link]
Post time 27-6-2022 04:29 PM | Show all posts |Read mode

Deretan kedai yang dahulunya meriah dengan kehadiran pengunjung, kini terbiar dan banyak gerai telah rosak, hanya menunggu masa untuk roboh. - Foto Bernama

PADANG BESAR: Penduduk di Wang Kelian meluahkan kebimbangan sekiranya kawasan itu tidak dibangunkan semula bagi merancakkan kembali sosioekonomi masyarakat setempat, ia akan menyebabkan nama Wang Kelian terus 'terkubur'.

Sejak penutupan zon aliran bebas di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian beberapa tahun lalu, kawasan berkenaan sunyi sepi, ibarat sebuah pekan hantu.

Tinjauan BERNAMA mendapati deretan kedai yang dahulunya meriah dengan kehadiran pengunjung, kini terbiar dan banyak gerai telah rosak, hanya menunggu masa untuk roboh.

Namun keadaan berbeza dapat dilihat di Wang Pranchan, Thailand yang terletak bersebelahan sempadan Malaysia dengan gerai-gerai niaga kembali rancak beroperasi dan meriah dengan pengunjung di kawasan negara jiran itu.



Seorang penduduk di Kampung Wang Kelian Hilir, Samsiah Desa, 58, berharap usaha bagi membangunkan semula kawasan berkenaan dapat disegerakan bagi menarik semula pengunjung luar ke bandar yang terletak kira-kira 38 kilometer dari bandar Kangar itu.

"Jika tidak dibangunkan segera, saya bimbang Wang Kelian hanya akan tinggal kenangan dan kekal menjadi suram disebabkan tiada tarikan untuk pengunjung datang ke sini," katanya.

Peniaga di Wang Prachan, Thailand, Aishah Che Min, 56, berkata beliau mengharapkan zon aliran bebas di Wang Kelian dapat dihidupkan kembali bagi merancakkan semula ekonomi peniaga di Malaysia dan Thailand.

"Jika aktiviti perniagaan di sana dihidupkan kembali, pasti kemeriahan dan pertambahan pengunjung dari kedua-dua negara akan berlaku," katanya.

Turut berkongsi pandangan, seorang pelancong dari Langkawi, Kedah, Sharifah Nor Azereen Syed Muhaidin, 26, berkata pembangunan semula di Wang Kelian akan memberi nafas baharu khususnya sektor pelancongan di kawasan itu yang suram sejak beberapa tahun lalu.

"Saya memang kerap berulang-alik menggunakan laluan ini untuk mengunjungi keluarga di Satun, Thailand dan memang dapat dilihat banyak perubahan yang berlaku di sini.

"Dahulu 20 hingga 30 bas akan datang membawa pengunjung ke Wang Kelian dan keadaan ketika itu amat meriah berbanding sekarang," katanya.

Sementara itu, Exco Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis, Ruzaini Rais, berkata kerajaan negeri sememangnya mengharapkan agar zon aliran bebas di Wang Kelian dapat dihidupkan kembali namun keputusan berhubung pelaksanaan itu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, selain hanya memberi fokus kepada pembukaan semula zon aliran bebas berkenaan, kerajaan negeri juga sedang dalam pelaksanaan bagi membangunkan semula arked niaga di kawasan berkenaan.

"Kita dalam proses untuk baik pulih dan naik taraf arked niaga di kawasan Wang Kelian untuk disewakan kepada peniaga dan agensi penguat kuasa kawalan sempadan di sini.

"Kerajaan Perlis tidak boleh hanya fokus menunggu pembukaan semula zon aliran bebas berkenaan kerana kita harus menarik kembali pengunjung ke Wang Kelian," katanya menambah usaha penambahbaikan itu sedang giat dilaksanakan dan berada di bawah Rancangan Pembangunan Wang Kelian.

Zon aliran bebas di Wang Kelian yang terletak kira-kira 500 meter dari Wang Pranchan, Thailand mula dimansuhkan pada 1 April 2015 sebagai langkah kawalan pergerakan keluar masuk dan kawalan sempadan bagi menyekat ancaman dan mengekang penyeludupan barangan terlarang yang dilihat menjadi ancaman kepada negara.

Pemansuhan itu dibuat susulan penemuan kubur besar yang menempatkan 139 mayat mangsa pemerdagangan manusia.– BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... -dibangunkan-semula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.061222 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list