CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Kedah] Kes HFMD di Kedah semakin menurun

[Copy link]
Post time 27-6-2022 03:28 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR: Kedah mencatatkan penurunan 35.9 peratus kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) selepas 342 kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-25 bermula 19 Jun hingga kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata ia mencatatkan penurunan 189 kes berbanding 531 kes yang dicatat minggu Epidemiologi ke-24.

"Setakat ini Kedah mencatatkan keseluruhan 5,767 kes HFMD dan tiada wabak baharu dilaporkan.

"Semua kes yang dilaporkan menunjukkan gejala ringan dan diberikan rawatan pesakit luar.


"Tiada kes yang mengalami komplikasi teruk atau memerlukan rawatan intensif," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Mohd Hayati berkata, Kuala Muda masih mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 1,440 kes diikuti Kulim 868 kes, Kubang Pasu 830 kes dan Kota Setar 562 kes.

Katanya, sepanjang tahun ini juga, sebanyak 51 wabak HFMD telah dilaporkan di negeri Kedah, dengan 50 daripadanya berlaku di pusat pendidikan seperti taska, tadika dan prasekolah.

"Sebanyak 49 premis berkenaan diarah tutup sementara atau ditutup secara sukarela bagi tujuan sanitasi dan pencegahan jangkitan.

"Pengusaha dan pengurusan pusat jagaan dan pendidikan awal kanak-kanak digesa melakukan pemeriksaan dan proses nyah kuman dengan kerap," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... dah-semakin-menurun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.052544 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list