CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 361|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis tumpas sindiket tipu beli barang online babit warga Taiwan

[Copy link]
Post time 27-6-2022 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Polis tumpas sindiket tipu beli barang online babit warga Taiwan
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 27 Jun 2022




Mohd Suhaily (tiga dari kiri) melihat barang kes yang dirampas daripada sindiket tipu belian barang dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah banglo tiga tingkat di Batu Ferringhi.


BUKIT MERTAJAM - Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket penipuan belian barang secara dalam talian selepas menyerbu sebuah banglo tiga tingkat di Batu Ferringhi pada Sabtu.


Serbuan yang dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) pada jam 6.30 petang menahan seramai 17 lelaki dan enam perempuan warganegara Taiwan yang bekerja dengan sindiket terbabit.


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain berkata, siasatan mendapati sindiket berkenaan bergiat aktif sejak pertengahan Mei lalu dengan menawarkan pelbagai barangan berjenama seperti beg tangan, minyak wangi dan barangan lain yang dijual secara dalam talian.


Menurutnya, mangsa yang terpedaya dengan tawaran iklan diarahkan membayar melalui platform pautan yang diberikan oleh sindiket dan kesemua mangsa yang terlibat dipercayai terdiri daripada warga Taiwan.


"Siasatan awal mendapati tiada akaun bank tempatan yang terlibat dengan urusan transaksi ini dan kita percaya sindiket ini menyasarkan mangsa dalam kalangan warganegara Taiwan.


"Bagaimanapun siasatan lanjut masih lagi dijalankan untuk mengenal pasti sekiranya ada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di sini, pada Isnin.


Mohd Suhaily berkata, dalam serbuan itu pihaknya merampas 46 buah telefon bimbit pelbagai jenama, 14 unit komputer riba, lapan unit Ipad dan enam unit walkie-talkie serta 12 keping kad prabayar.


Turut dirampas dua unit card reader, dua unit pendrive dan masing-masing satu unit portable dan router wifi yang digunakan sindiket terbabit.


Beliau berkata, ketika serbuan dibuat pihaknya menghadapi kesukaran untuk masuk ke dalam premis berkenaan apabila dikunci dan pihaknya mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk masuk ke dalam banglo tersebut.


Jelasnya, suspek juga sempat memadam rekod transaksi dan bahan bukti sebelum kesemua mereka ditahan.


"Kesemua suspek berusia di antara 19 hingga 48 tahun itu tiba di negara ini pada Mei lepas selepas tertarik dengan tawaran kerja yang diiklankan melalui akhbar di Taiwan yang menjanjikan gaji RM7,000 sebulan.


"Bagaimanapun, siasatan dijalankan mendapati kesemua mereka hanya dibayar gaji sekitar RM5,000 seorang," katanya.


Beliau berkata, kesemua suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat atau denda.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -babit-warga-Taiwan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.050636 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list