CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 767|Reply: 0

Saham Arif Aiman, Faisal dijangka terus melonjak

[Copy link]
Post time 27-6-2022 01:53 PM | Show all posts |Read mode

Arif Aiman Hanapi (kiri) dan Faisal Halim.

KUALA LUMPUR: Nilai pasaran pemain muda negara, Arif Aiman Hanapi dijangka terus meningkat susulan prestasi cemerlang yang ditampilkan bersama Harimau Malaya dan Johor Darul Ta'zim (JDT).

BH Sukan, semalam melaporkan tanda harga pemain berusia 20 tahun itu naik mendadak apabila nilai pasarannya kini mencecah £270,000 (RM1.4 juta) berbanding £135,000 (RM728,365) pada November tahun lalu.

Bagaimanapun, nilai pasaran yang diletakkan oleh www.transfermarkt.co.uk itu berdasarkan kemas kini terbaru laman berkenaan pada 19 Mei lalu.

Justeru, nilai Arif Aiman dijangka meningkat dalam kemas kini akan datang susulan prestasinya bersama Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia awal bulan ini selain akan terus menjadi tonggak penting JDT di pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL).


Selain Arif Aiman, nilai pasaran seorang lagi pemain sedang meningkat naik, Faisal Halim juga dijangka terus meningkat selepas pemain Terengganu FC (TFC) itu berjaya menunjukkan prestasi terbaik bersama skuad kebangsaan.

Nilai pasaran Faisal turut menunjukkan peningkatan mendadak apabila dia kini memegang tanda harga £225,000 (RM1.2 juta) berbanding £135,000 (RM728,365) pada November lalu.

Pengasas bersama Exeliq Sports Management Sdn Bhd, Faidauz Azhar menjelaskan aksi pemain di kelayakan Piala Asia 2023 sebelum ini juga akan memberi kesan kepada nilai pasaran pemain.

Beliau berkata, pemain seperti Arif Aiman dan Faisal perlu meneruskan momentum cemerlang bersama kelab pula bagi memastikan nilai pasaran mereka terus meningkat dalam kemas kini terbaru yang akan dibuat laman transfermarkt itu.

"Nama Arif Aiman dan Faisal tengah meningkat dekat Malaysia, mereka dalam prestasi terbaik. Memang nilai pasaran mereka dijangka meningkat.

"Nilai pasaran Arif Aiman naik lebih tinggi kerana ia turut dibantu faktor prestasi JDT di dalam liga dan beraksi di ACL. Kalau tanya saya, JDT banyak bantu dia meningkatkan mutu dan daya saing permainannya.

"Dikhabarkan terdapat beberapa ejen pemain dari luar negara juga sedang memantau Arif Aiman selepas dia mempamerkan prestasi cemerlang di ACL tempoh hari dan ia perkara yang baik untuk perkembangan karier serta nilai pasarannya.

"Safawi Rasid pun kita harap dia boleh naikkan semula nilai pasarannya dengan dia dilihat sudah kembali bangkit dengan prestasi lebih baik," katanya kepada BH Sukan.

Selain itu, Faidauz menjelaskan kejayaan Arif Aiman merangkul anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik serta muncul pemain termuda merangkul anugerah utama iaitu Pemain Paling Bernilai (MVP) tahun lalu juga menyumbang kepada peningkatan nilai pasarannya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ngka-terus-melonjak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.131083 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list