View: 816|Reply: 3
|
Disangka Kain Cadar Tak Guna, Bayi Pramatang Dibuang Ke Tong Sampah Oleh Petugas Hospital
[Copy link]
|
|
BOSTON: Seorang bayi pramatang yang meninggal dunia beberapa minggu selepas dilahirkan di sebuah hospital terkemuka di sini, dipercayai dibuang secara tidak sengaja ke dalam tong sampah oleh petugas hospital.
Hal itu berlaku selepas petugas hospital menyangka mayat bayi tersebut adalah ‘kain cadar yang tidak lagi digunakan dan perlu dibuang’.
Everleigh Victoria McCarthy dilahirkan tiga bulan lebih awal dengan berat 0.9 kilogram pada 25 Julai di Hospital Wanita dan Brigham di Boston.
Namun, bayi itu mempunyai masalah pendarahan di bahagian otak dan peluangnya untuk selamat adalah tipis.
Foto: Agensi
Ibu dan bapanya, Alana Ross, 37, dan Daniel McCarthy, 38, hanya mampu berdoa agar bayi mereka diberi kesembuhan dan selamat.
Namun, umur Everleigh tidak panjang apabila dia akhirnya meninggal dunia pada 6 Ogos 2020, 12 hari selepas dilahirkan.
Ibu bapa Everleigh kemudiannya bersiap sedia untuk mengebumikan anak mereka sehinggalah mereka dimaklumkan oleh pusat pengebumian bahawa mayat bayi tersebut hilang.
Pasangan suami isteri itu kemudiannya menghubungi hospital bertanyakan mayat anak mereka, namun petugas gagal memaklumkan mereka tidak dapat menemukan mayat Everleigh.
Alana dan Daniel membuat laporan polis dan hasil siasatan mendapati ada kemungkinan mayat bayi mereka dibuang ke dalam tong sampah bersama kain cadar yang tidak lagi digunakan dan dilupuskan.
Laporan itu membuatkan Alana dan suaminya trauma sebelum membuat keputusan menyaman hospital berkenaan dan sehingga kini, perbicaraan masih berlangsung.
Selain itu, pihak hospital turut melakukan siasatan sendiri bagi mengenal pasti punca kejadian dan bagaimana mayat Everleigh gagal ditemukan.
Polis percaya, mayat bayi itu hilang kerana petugas hospital meletakkannya di tempat yang ‘tidak sepatutnya’ dan itu dianggap sebagai perbuatan kecuaian. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu..habis tu tak selongkar balik ke tong sampah |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sempat lah tu. Agaknya masa diorang sedar tu semua tong sampah dah dikosongkan untuk lupuskan semua bahan buangan dari hospital.
|
|
|
|
|
|
|
|
takkan lah kat amereka ada mak esah curik mayat baby untuk buat anak kerak? ehhh!!! takotttt lahh |
|
|
|
|
|
|
| |
|