View: 741|Reply: 4
|
Pelajar Ditekap Seterika Dibenar Discaj, Pembuli Dibebas Dengan Jaminan Polis
[Copy link]
|
|
Pelajar lelaki tingkatan dua di salah sebuah sekolah berasrama di Teluk Intan yang dibelasah 10 pelajar senior Khamis lalu, dibenarkan pulang dari hospital semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa sebelum ini dirawat di Hospital Teluk Intan selepas mengalami kecederaan dalam insiden berkenaan.
Gambar hiasan
Menurut Mior Faridalathrash, mangsa mengalami retak tulang rusuk belakang serta kecederaan tisu lembut pada betis kanan, dada, belakang badan, kedua-dua lengan, dagu dan pipi.
“Ada kesan melecur ditekap seterika di bahagian belakang badan sebelah kanan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.
Mior Faridalathrash turut memaklumkan reman kesemua suspek tidak akan disambung esok dan mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis.
“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya Perak untuk arahan lanjut,” katanya.
Semalam, media melaporkan angkara cemburu seorang pelajar tingkatan dua di salah sebuah sekolah menengah di Teluk Intan cedera ditekap saterika panas serta dipukul sekumpulan pelajar senior, khamis lalu.
Siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut berpunca selepas mangsa dikayakan berbual dengan salah seorang pelajar wanita yang juga teman wanita kepada salah seorang suspek terlibat.
Mangsa kemudiannya dipukul oleh 10 orang pelajar berusia antara 16 hingga 17 tahun di asrama sekolah berkenaan antara pukul 12.30 malam sehingga 1 pagi.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tingkatan 2 ,pandai2 nak iron orang |
|
|
|
|
|
|
|
sedara mara pembunuh upnm ke dok main iron ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Gelap masa depan budak2 ni.. untung2 masuk Henry Gurney dapat 10 A SPM bole masuk berita |
|
|
|
|
|
|
|
Sialnya budak2 ni. Dah la sibuk nk tiru bnda tak berfaedah |
|
|
|
|
|
|
| |
|