|
Johor Bahru: Penggunaan barangan elektrik yang mempunyai penjimatan tenaga menjadi pilihan sebahagian masyarakat bagi menghadkan penggunaan bahan itu.
Walaupun kerajaan mengumumkan tidak akan menaikkan tarif elektrik, pengguna perlu bijak dengan mengamalkan penggunaan perkakasan jimat elektrik.
Pekerja swasta, Dayang Alnira Morni, 37, berkata dia sudah menggunakan barangan elektrik yang mempunyai 'bintang' sejak dua tahun lalu.
Menurutnya, sebelum ini dia tidak memikirkan soal penjimatan elektrik namun sejak penggunaannya semakin kerap dan bil meningkat menjadikannya beralih arah ke barangan elektrik yang mempunyai label penjimatan tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga.
"Yang terbaru saya beli penghawa dingin mempunyai label penjimatan 3 bintang. Semakin banyak bintang semakin menjimatkan penggunaan elektrik.
"Selain barangan jimat elektrik, sebenarnya sikap kita sebagai pengguna sendiri perlu berubah. Elakkan pembaziran tenaga.
"Contohnya jika kipas tidak digunakan, perlu ditutup, minimumkan penggunaan lampu. Penggunaan elektrik keluarga memang sudah berkurangan kerana pada siang hari anak bersekolah dan saya serta pasangan bekerja di luar, penggunaan hanya pada waktu malam sahaja," katanya.

NORAZIZAH Derahman. FOTO Omar Ahmad
Sementara itu, Pengusaha Kek Lapis Sarawak, Norazizah Derahman, 48, berkata, dia menggunakan dua penghawa dingin di rumah, namun hanya menggunakan pada waktu malam kerana pada sebelah siang, dia dan suami bekerja manakala anak-anak bersekolah.
Namun katanya tidak dapat mengelakkan untuk menggunakan empat peti sejuk di rumah bagi menyimpan stok kek lapis Sarawak yang dihasilkan.
"Bil elektrik dalam sebulan lebih RM200, untuk penghawa dingin memang ada beli yang mempunyai label jimat elektrik, tetapi peti sejuk tiada.
"Ada juga peniaga yang memberikan alat untuk menjimatkan elektrik untuk dicuba namun saya tidak berani hendak gunakan.
"Bimbang kerana alat itu tiada cop Sirim, risau meletup pula nanti, kerana hendak berjimat, semua barangan rosak," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... asan-jimat-elektrik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|