View: 3700|Reply: 24
|
'Dakwaan itu bersifat fitnah' - Idris Khan
[Copy link]
|
|
'Dakwaan itu bersifat fitnah' - Idris Khan

IDRIS Khan. FOTO Arkib NSTP
Kuala Lumpur: Pelakon, Idris Khan, 34, menyifatkan dakwaan dan tuduhan penerbit, Datuk A Aida terhadapnya dalam satu sidang media kelmarin adalah tidak berasas dan bersifat fitnah.
Idris dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram berkata, dia akan mengambil tindakan undang-undang bagi menegakkan kebenaran dan membela dirinya.
"Beberapa dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap saya dalam sidang media itu adalah tidak berasas dan bersifat fitnah.
"Atas nasihat peguam yang mewakili saya, prosiding undang-undang untuk mendedahkan kebenaran akan diteruskan," katanya.
Idris mengakui dia sangat terkejut dan hairan dengan tuduhan itu, tetapi sangat berterima kasih kerana mendapat segala bentuk sokongan yang positif.
"Saya ingin mengucapkan alhamdulillah dan berterima kasih atas segala sokongan, dorongan dan kata-kata yang baik daripada anda semua. Saya merasa rendah diri dan terharu menerima mesej bersifat kasih sayang dan prihatin anda," katanya.
Idris juga menekankan bahawa dia menentang sekerasnya sebarang bentuk ancaman dan buli dalam masyarakat, apatah lagi dalam industri hiburan.
"Terdapat segelintir pihak yang menggunakan kedudukan dan kuasa dengan memeras ugut supaya mengikut rentak mereka atau menanggung akibatnya.
"Saya akan melawan penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan ini hingga ke akhirnya," katanya.
Idris juga mengingatkan kepada semua bahawa rezeki datang daripada Allah SWT dan bukan daripada manusia.
"Saya tidak akan berdiam diri menghadapi sebarang ancaman yang memperkecilkan peribadi, integriti dan prinsip saya dalam hidup.
"Pihak yang pernah bekerjasama dan mengenali saya sepanjang saya berada di dalam industri ini boleh mengesahkan komitmen dan etika bekerja saya yang tidak boleh dipertikaikan," katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan A Aida menyifatkan tindakan Idris dan seorang lagi pelakon, Amelia Henderson menarik diri di saat akhir dari penggambaran drama terbitannya sebagai sangat tidak profesional dan mengarut.
Aida berkata, dia akan mengambil tindakan tegas memfailkan saman terhadap mereka kerana melanggar kontrak penggambaran drama terbitan A Aida Production berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali dengan menarik diri di saat-saat akhir.
Idris dan Amelia adalah hero dan heroin drama berkenaan.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... t-fitnah-idris-khan
|
|
|
|
|
|
|
|
Samanlah betul2 jangan main cakap dan ugut je |
|
|
|
|
|
|
|
tu lahh kena dgr 2-2 belah cerita baru boleh layan popcorn |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh ke kalau ada apa2 tuduhan semua org ngaku je?
ya saya memang merampas laki orang tu..
Ya saya memang ikan keli yang mencari mangsa sana sini..
Ya saya memang punca dia bercerai ngn isteri dia..
Ya saya memang tak berdisiplin dan suka buat hal
Ya saya memang meniru artis tu kalau dia unboxing hadiah kasut Bata saya pun unboxing hadiah selipar Asadi plak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yes! Korang lawan, kami nak tau citer sebenar je sambil mkn popcorn |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by anilanil at 26-6-2022 01:08 PM
Abg deris, bole tak next time kalo nak ambil projek dari naskhah novel hangpa pi beli & baca sendiri dulu novel tu. Malay fiction novel with women empowerment values? Hahaha. Nak ubah standard drama/filem melayu utk lebih memperkasakan wanita? Pernah tak tengok Gol & Gincu 2.0 dgn drama Hero Seorang Cinderella? Heroinnya tak lembik tau. Ironically, Aedy Ashraf ada berlakon sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 26-6-2022 12:34 PM
Tak boleh ke kalau ada apa2 tuduhan semua org ngaku je?
ya saya memang merampas laki orang tu..
Ya s ...
Tak meriah la forum dgn geng2 CSI gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Buat la rakaman kisah sebenar from your side sambil tayang2 body.
Sure mendapat sokongan semua sat lagi |
|
|
|
|
|
|
|
A. aida kampung bitch who thinks she owns everi bodi! |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa producer masih nk ambil derih ni? Dan kenapa heols xkena ban?? |
|
|
|
|
|
|
|
Laku lagi ye derih ni. Bukannya handsome pun, gosip liar je banyak |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa babe? dia ada kes besar ke sblm ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu yg bercinta dgn A. Aida bkn dia ni ke? |
|
|
|
|
|
|
|
So, apa sebab heolls tarik diri dari drama acik aida tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Bang Derih bila nk buat video lagi. Aku wakilkan@Kurex tanya soalan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 27-6-2022 11:23 AM
Bang Derih bila nk buat video lagi. Aku wakilkan@Kurex tanya soalan ni.
Ritu punya agak bosan.. takde reaksi wajah |
|
|
|
|
|
|
|
TabletSusu replied at 27-6-2022 10:52 AM
kenapa babe? dia ada kes besar ke sblm ni?
Kan dia ada kes 3some tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|