CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

[Pulau Pinang] Demam denggi meningkat hampir 30 peratus

[Copy link]
Post time 25-6-2022 11:18 AM | Show all posts |Read mode

Petugas membuat semburan asap di kawasan perumahan bagi membendung pembiakan nyamuk Aedes. - Foto hiasan NSTP/ASYRAF HAMZAH

GEORGETOWN: Kes demam denggi di Pulau Pinang meningkat kira-kira 30 peratus dengan 282 kes bagi tempoh Januari hingga minggu epid ke-24, berbanding tempoh sama pada tahun lalu yang mencatatkan 217 kes.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata jumlah itu tidak boleh dipandang remeh kerana peningkatan kes denggi berlaku secara mendadak bermula minggu epid ke-19.

"Kita percaya pembukaan semula sektor ekonomi dalam fasa peralihan endemik serta keadaan cuaca tidak menentu dan jenis kitaran serotaip virus denggi di dalam komuniti menjadi faktor mempengaruhi peningkatan.

"Kita juga tidak boleh menafikan sikap sambil lewa dan pengabaian daripada aspek penjagaan kebersihan secara tidak sempurna terus menjadi penyumbang terbesar.



"Walaupun pihak berkuasa tempatan kerap menganjurkan kempen kebersihan di kawasan wabak, namun sambutan dingin daripada oleh sebahagian ahli masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sambutan Hari Denggi ASEAN dan Gotong Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan meneruskan kerjasama termasuk pemerkasaan 136 pasukan Skuad Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) di seluruh Pulau Pinang, di samping melaksanakan projek pelepasan nyamuk Aedes berwolbachia di lokaliti panas kes demam denggi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Ma'arof Sudin berkata, pihaknya sudah melepaskan nyamuk yang mengandungi bakteria Wolbachia di tiga lokasi iaitu Bukit Gedung di daerah Barat Daya Taman Manggis di daerah Timur Laut dan Inderawasih, Seberang Perai Tengah yang menyaksikan kadar penurunan kes sehingga 99 peratus.

"Kita akan mengenal pasti dua lagi lokaliti masing-masing di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Utara dengan bilangan nyamuk yang bakal dilepaskan bergantung kepada keluasan kawasan.

"Nyamuk Aedes berwolbachia ini nyamuk mandul yang boleh merencatkan pembiakan nyamuk Aedes, sekali gus mengawal populasi nyamuk berkenaan daripada menyebarkan virus denggi," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kes Chikungunya menunjukkan penurunan sebanyak 75.68 peratus iaitu setakat 18 Jun lalu sebanyak sembilan kes dilaporkan berbanding 37 kes bagi tempoh yang sama pada 2021.


Nyamuk Aedes betina menyebarkan virus denggi (genus Flavivirus)
https://www.bharian.com.my/berit ... t-hampir-30-peratus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.067848 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list