|
'Lelaki ibarat pencuci mulut'
WALAUPUN perjalanan karier seni pelakon dan model Raline Shah terus mengharum, namun kehidupan peribadinya terutama soal jodoh tidak begitu memihak kepadanya.
Bagi pemilik nama sebenar Raline Rahmat Shah, dia mengakui pintu hatinya belum terisi dan berstatus solo.
"Bagi saya, lelaki umpama 'pencuci mulut' saja. Maksudnya, saya sudah gembira dengan kehidupan saya hari ini.
"Jika memiliki suami, perkara itu sekadar untuk melengkapi kehidupan saya saja. Jujurnya saya gembira dengan kehidupan yang dilalui sekarang," katanya.
Menurut Raline, walaupun menjangkau usia 37 tahun, wanita jelita itu tidak memaksa diri untuk menamatkan zaman solo dengan segera.
Katanya, walaupun kedua-dua orang tuanya sering mendesak dan bertanyakan hal terbabit, namun Raline kekal tenang dan enggan terburu-buru.
"Sebagai ibu bapa mereka mahukan yang terbaik untuk saya. Ibu saya berkahwin pada usia muda.
BIARPUN diasak oleh kedua-dua orang tuanya, namun Raline enggan tersilap pilih pasangan hidup.
"Jadi, dia juga mahu saya mengikut jejak langkahnya, namun saya tidak boleh mengikut caranya itu," katanya.
Enggan membebankan fikiran mengenai soal jodoh, Raline yakin waktu yang tepat bakal tiba untuk dirinya menamatkan zaman solo.
"Saya percaya setiap orang mempunyai waktu masing-masing dalam hidup termasuk jodoh dan kematian.
"Soal jodoh, saya serahkan semuanya pada Tuhan. Jangankan jodoh, meninggal dunia pun saya tidak tahu bila waktunya," katanya.
Mengakui pernah melalui fasa kekecewaan dalam perhubungan, Raline mengakui jiwanya masih pedih dan sedih saat cintanya ditolak seorang lelaki kerana faktor keserasian.
RALINE akui masih berstatus solo dan enggan terburu-buru memilih pasangan hidup.
"Mula-mula saya berasa sakit hati. Namun, selepas difikirkan, saya akhirnya faham bahawa lelaki itu tidak dapat meneruskan hubungan cintanya bersama saya kerana tiada keserasian.
"Mungkin saya diibaratkan seperti aiskrim coklat yang paling enak, tapi sebenarnya dia (lelaki) itu mahukan aiskrim strawberi. Jadi, kami tidak bersama," katanya.
Tidak cerewet
Mengakui bukan wanita yang cerewet dalam memilih pasangan, Raline berkata, dia tidak pernah meletak kriteria tertentu terhadap bakal suaminya.
Kata Raline, dia tidak pernah memandang kepada harta mahupun rupa, sebaliknya lebih memandang aspek etika dan kerohanian yang ada pada bakal suaminya.
"Saya tidak memerlukan seorang suami yang tampan dan kaya. Nilai estetika lebih penting berbanding itu semua.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... barat-pencuci-mulut
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|