View: 421|Reply: 0
|
[Johor]
Hanya 10 sekolah tahfiz belum berdaftar di Johor
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Hanya 10 sekolah tahfiz dikesan masih belum memohon untuk didaftarkan di Johor manakala 79 lagi sedang dalam proses didaftarkan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata 124 sekolah tahfiz pula sudah didaftarkan yang beroperasi dengan tauliah mengajar dikeluarkan Jawatankuasa Tauliah dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).
Beliau berkata data itu adalah hasil kemas kini dan proses 'pemutihan' dilaksanakan sejak 2017 yang mendapat kerjasama baik pusat pengajian berkenaan.
"Kerjasama yang diperoleh daripada pihak sekolah tahfiz ini amat baik bahkan mereka sentiasa mematuhi syarat dan ketetapan digariskan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Fared berkata antara syarat yang perlu dipatuhi selain tauliah mengajar adalah mendapat perakuan daripada Jabatan Kesihatan, bomba dan polis serta surat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan.
Media hari ini melaporkan institusi tahfiz di negara ini perlu 'diputihkan' dengan memastikan kira-kira 1,000 pusat pengajian yang masih belum berdaftar segera berbuat demikian dalam usaha memastikan kebajikan pelajar di institusi terbabit terbela selain mengelak dieksploitasi.
Usaha itu bagi melindungi seramai 63,168 pelajar dan 8,484 guru di 1,208 institusi tahfiz yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN) daripada terkena tempias negatif susulan masalah yang berlaku di pusat pengajian.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -berdaftar-di-johor |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|