Sumber IG
Dilantik sebagai salah seorang juri untuk program Selangor Fashion Accelerator anjuran Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC), ada segelintir pihak berpendapat Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak sesuai menggalas tanggungjawab tersebut.
Menerusi sebuah ciapan di Twitter, seorang individu mendakwa penampilan penyanyi yang popular dengan lagu Cindai itu tidak menonjol sebagai selebriti dengan deria fesyen 'up to date'.
"Risau je kena kecam tapi kenyataan ni tau. Sitizoners sejati je tahu yang Siti ada problem dalam fashion," tulis individu tersebut.
Ciapan tersebut menarik perhatian netizen yang rata-rata bersetuju dengan pendapat tersebut. Ada yang mengatakan fesyen digayakan penyanyi itu sejak kebelakangan ini seolah-olah tidak setara dengan statusnya sebagai penghibur terkenal.
Warga maya sama sekali tidak menafikan kehebatan dan kemerduan suaranya, namun mengkritik pemilihan busana untuk digayakan. Netizen turut mencadangkan agar penyanyi itu mengambil penata gaya untuk memperbaiki penampilannya sebagai selebriti.
Pun Begitu, ada juga yang tampil mempertahankan pemilihan Siti sebagai juri mungkin disebabkan tema fesyen tersebut berkaitan dengan imej sopan menyebabkan pengajur program tersebut sepakat memilih selebriti itu.
|