Sumber: Tiktok Belle Natasya
Beberapa hari yang lepas, sebuah program televisyen bertemakan isu kewanitaan menyiarkan episod mengenai penyakit Dissociative Identity Disorder ataupun DID yang menyebabkan seseorang itu mempunyai banyak personaliti.
Menurut sumber, penyakit ini berpunca daripada trauma lampau yang dihadapi oleh seseorang itu.
Menerusi episod itu, seorang gadis dikenali sebagai Belle Natasya ditemu bual program TV berkenaan mendakwa dirinya mempunyai lebih dari 20 personaliti berbeza.
Namun, selepas episod itu disiarkan, ia menjadi tular di media sosial. Hal ini kerana, ramai netizen yang tampil mendakwa bahawa gadis itu dikatakan memalsukan penyakit DID dialaminya itu.
Perkara ini secara tidak langsung membuatkan rata-rata netizen tertanya-tanya mengenai kredibiliti rancangan TV itu seolah-olah seperti tidak membuat kajian terlebih dahulu mengenai penyakit DID yang dialami oleh Belle.
Selain itu, rakan-rakan sekolah dan universiti gadis itu juga tampil bersuara bahawa dia tidak mempunyai penyakit itu kerana sebelum ini dia sangat normal dan tidak pernah menunjukkan sebarang simptom penyakit mental.
Malah ramai juga yang berpendapat bahawa gadis itu hanya berpura-pura kerana inginkan perhatian ramai di platform Tiktok miliknya. Untuk pengetahuan, gadis itu juga merupakan seorang yang popular di platform itu.
Walaupun ramai yang menyokongnya, namun masih ada segelintir netizen yang skeptikal dengan penyakit yang dihadapinya. - CARI
Sumber: Twitter Daus Pozi
|