CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekas KP SPRM tak tolak kemungkinan sertai parti politik

[Copy link]
Post time 19-6-2022 09:51 PM | Show all posts |Read mode
Bekas KP SPRM tak tolak kemungkinan sertai parti politik

Jun 19, 2022 @ 8:55pm



Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad



TASEK GELUGOR: Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad tidak menolak kemungkinan menyertai mana-mana parti politik.

"Saya sendiri akan maklumkan jika sudah menyertai mana-mana parti politik, perkara itu akan dimaklumkan apabila tiba masanya.

"Saya tidak akan sembunyi hal ini dan tak perlu kita nak berselindung," katanya selepas menyampaikan sumbangan 1,500 kilogram ikan cencaru secara percuma kepada orang ramai di Pokok Sena di sini, hari ini.

Dzulkifli berkata, beliau akan meneruskan kerja kebajikan di sekitar Parlimen Tasek Gelugor yang juga kampung halamannya.

Beliau berkata, ia bagi meringankan beban masyarakat di kawasan itu ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Sekiranya saya tidak menyertai parti politik sekali pun, program kebajikan yang dibuat akan diteruskan mengikut kemampuan kami demi membantu rakyat dan penduduk kampung," katanya.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan skuad sukarelawan Pejabat Tan Sri Dzulkifli membabitkan golongan belia berumur lingkungan 18 hingga 40 tahun bagi membantu masyarakat di Tasek Gelugor dari pelbagai aspek termasuk tenaga kerja. – BERNAMA






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.057100 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list