CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPDNHEP terima 13 aduan sorok barang kawalan

[Copy link]
Post time 19-6-2022 09:46 PM | Show all posts |Read mode
KPDNHEP terima 13 aduan sorok barang kawalan

Oleh Nur Izzati Mohamad - Jun 19, 2022 @ 8:22pm bhnews@bh.com.my




Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam (kiri) melihat harga jualan ayam segar ketika melakukan pemeriksaan bekalan barang keperluan harian peringkat borong atau runcit di Sinsheng Tat Trading Sdn Bhd, Taman Industri Cherok To'kun di sini. - Foto DANIAL SAAD




BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima 13 aduan kegiatan sorok barang kawalan dan keperluan harian menerusi Kempen Anti Sorok dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, aduan itu dianggap sebagai impak positif daripada pengguna dan peniaga susulan kempen yang diadakan sejak awal tahun ini.

Beliau berkata, jumlah kes yang terhasil daripada 13 aduan itu tidak dapat ditentukan sepenuhnya kerana hasil risikan lanjut mendapati ada kes yang berlaku di lokasi berbeza daripada aduan yang diterima.

"Jadinya, data lengkap diperlukan daripada pengguna yang mahu membuat aduan supaya ia boleh disiasat dengan cepat dan berkesan.

"Contohnya, kita memerlukan alamat serta barang yang disorok dengan lebih jelas bagi membolehkan siasatan dapat dibuat dengan lebih cepat," katanya selepas mengadakan operasi pemeriksaan bekalan barang keperluan harian di peringkat borong atau runcit di sebuah premis di Taman Industri Cherok Tokun di sini, hari ini.

Azman berkata, bahagian penguat kuasa agensi itu menjalankan pemeriksaan harian ke atas 2,711 premis Peruncit Terpilih (DDR), 1,309 Pemborong Terpilih (DDW) dan 223 Pengilang Terpilih (DDM) yang membabitkan barang kawalan dan keperluan asas seperti gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, telur, ayam, bawang, susu tepung dan sayur-sayuran.

Dalam pada itu, Azman berkata, selain pelaksanaan Kempen Anti Sorok, KPDNHEP turut serius membendung kegiatan penyelewengan barang kawalan subsidi yang menjadi penyumbang utama kepada ketirisan subsidi dan gangguan bekalan barang kawalan di pasaran.

"Sejak 2018 hingga bulan lalu, sebanyak 866 kes penyelewengan barang kawalan atau subsidi dihasilkan membabitkan 367 kes berkaitan minyak masak, 197 kes (tepung gandum) dan 322 kes membabitkan petrol.

"Turut direkodkan ialah sebanyak 301 kes membabitkan diesel dan 586 kes gas petroleum cecair dengan nilai rampasan bagi keseluruhan kes ini adalah bernilai RM27.23 juta," katanya.

KPDNHEP mengingatkan mana-mana individu dan syarikat supaya tidak terbabit atau bersubahat dengan melakukan aktiviti penyelewengan dan menyorok barang kawalan atau subsidi bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas diambil.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.051690 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list