CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8008|Reply: 46

Aku, Lim, Islam & Hidayah

[Copy link]
Post time 21-9-2010 11:39 PM | Show all posts |Read mode
Aku, Lim, Islam & Hidayah
Dari Jeram Pasu: Isnin, 6hb. September, 2010 - 10:11 am

Aku punya seorang rakan b...aik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago... Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan...

Assalamu'alaikum... Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah... Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham... diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal... sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.

Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

TPU - Untuk perkongsian sebagai teladan... terima kasih pada sumber (tiki md <tiki_md@yahoo.co.uk>)[url=]See More[/url]
By: Topeng Perak Unmasked


~sekadar ingin berkongsi...mod kalau dh ade thread nie delete eh...tq~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2010 12:05 PM | Show all posts
bukan mudah untuk membuka hati setiap org yang non-muslim masuk dalam islam. Dulu saya pun dikalangan christiani..saya pernah alami perasaan yang sama dengan mereka apa yang mereka nampak kita sebagai orang islam.

Maksud saya, kita sebagai orang islam hendaklah menunjukkan teladan yang baik kpd mereka. Kita kemana mana pun, kita sentiasa membawa nama Islam tu. Mereka sedang memerhati..hemm tapi tu la..hakikatnya pengedar dadah kebanyakkannya pun org islam, penjenayah bnyk dr kalangan org islam..perempuan2 pula, Allah suruh pakai tudung utk tutup aurattidak juga pakai. Orang kristian yang nampak pun rasa hairan, "kenapa org islam tidak pakai tudung walau dituntut agama"? dan banyak lagi..

kalau nak tukar persepsi negetif non muslim kepada Islam, muslim dan muslimah harus baiki diri dulu. ikut syariat yang ditetapkan oleh kita suci al-quran. InsyaAllah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 12:18 PM | Show all posts
especially, pada mereka2 yg byk bergaul dgn non muslim nih...tanggungjwab tu amatlah besar..kena la ada cara utk mnarik perhatian mereka, kita tk perlu prgi pada mereka dn berceramah..tp, pada permulaan perkenalan, tunjukkan  contoh yg trbaik, dri perbuatan, perbualan, imej..sifat2 lain yg baik2...klu dlm perbualan selitkn sedkit tntang hadis2 yg boleh ditrima mereka buat peringkat awal..klu kita sendiri pun teruk, mcm mana nk ajak non muslim masuk islam kan...smaada dorang masuk islam ataupun kita yg teruk nih join dorang skali.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 12:24 PM | Show all posts
especially, pada mereka2 yg byk bergaul dgn non muslim nih...tanggungjwab tu amatlah besar..kena la ada cara utk mnarik perhatian mereka, kita tk perlu prgi pada mereka dn berceramah..tp, pada permulaan perkenalan, tunjukkan  contoh yg trbaik, dri perbuatan, perbualan, imej..sifat2 lain yg baik2...klu dlm perbualan selitkn sedkit tntang hadis2 yg boleh ditrima mereka buat peringkat awal..klu kita sendiri pun teruk, mcm mana nk ajak non muslim masuk islam kan...smaada dorang masuk islam ataupun kita yg teruk nih join dorang skali.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 12:58 PM | Show all posts
Reply 3# aliimran


tepat skali!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2010 11:58 PM | Show all posts
Reply 2# darkness


    sangat setuju....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2010 09:41 AM | Show all posts
memang LAYAK pun kita semua masuk api neraka
sebagaimana RIWAYAT DAHULU

DALAM SATU KAUM ADA 40,000 ORANG TAAT PADA TUHAN
DAN 60,000 ORANG YANG KUFUR
BAHKAN SEMUANYA AKU CAMPAKKAN KE DALAM NERAKA

lalu ditanya oleh NABI masa itu:
MEMANG YANG KUFUR LAYAK MASUK NERAKA
TETAPI KENAPA YANG 40,000 YANG TAAT MASUK JUGA???

LALU JAWAB TUHAN:
KERANA MEREKA TIDAK MENJALANKAN AMAL MAARUF
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 12:02 PM | Show all posts
kalau nak tukar persepsi negetif non muslim kepada Islam, muslim dan muslimah harus baiki diri dulu. ikut syariat yang ditetapkan oleh kita suci al-quran. InsyaAllah..
darkness Post at 22-9-2010 12:05


Ya saya setuju. Pengalaman saya di benua Amerika, saya telah berjumpa dengan bekas Bishop yang telah masuk Islam. Kerja dia setelah masuk Islam pergi dari masjid ke satu masjid berdakwah kepada orang Islam.

Orang Islam ramai yang tak tunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam, bahkan banyak lalukan maksiat. Apa beza orang Islam dengan orang bukan Islam kalau sama-sama berbuat maksiat? Apa guna orang bukan Islam nak masuk Islam tengok cara hidup sama saja?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2010 12:25 PM | Show all posts
"fastest growing religion in america"...
alhamdulillah, banyak orang kulit putih amerika yang dah memluk islam... dalam pada dakyah barat Islam menindas kaum wanita, majoriti yang memeluk Islam adalah wanita... kebanyakkannya terkejut dan terkedu sestelah membaca terjemahan alQuran dalam bahasa Inggeris...

aku pun ketawa terkekek kalau dengar cerita dalam youtube "how I came to Islam" oleh Sheikh Yusuf Estes dan Abduraheem Green... sekarang mereka lebih Islam dari orang asal Islam sendiri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 01:22 PM | Show all posts
tue la....org yg memeluk islam kerana btul2 cintakan islam mostly lebih islamic dr kite yg mmg born as a muslim...
sedih tgk umat2 akhir zaman skrg nie....kalau zaman dulu org nasihat budak2 dengar lg...tp zaman skrg kite nasihat kite kene marah balik...x pe la...itu antara cabaran dlm nak berdakwah...bukan mudah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 03:41 PM | Show all posts
Kalau dilhat dari akhlak Muslim esp Melayu, susah untuk nonMuslim suka pada Islam.    Orang yg malas berkerja, macammana nak dakwah orang yg kuat bekerja.   Orang yg buat kerja asal siap macammana nak dakwah orang yg buat kerja almost perfect

Aku ingat masa kat US tu ada mat saleh ni cakap, kalau tengok black muslim yg pemalas, muslim pengganas, muslim yg rendahkan perempuan, memang dia tak berminat langsung dengan Islam.  Tp dia terpaku dengan Quran, dan dia tak dapat tolak kebenaran Islam, sebab tu dia jadi Muslim.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 11:46 PM | Show all posts
masya Allah.. kerdilnya ak.. di dunia ini...........
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2010 11:44 AM | Show all posts
bukan mudah untuk membuka hati setiap org yang non-muslim masuk dalam islam. Dulu saya pun dikalangan christiani..saya pernah alami perasaan yang sama dengan mereka apa yang mereka nampak kita sebagai orang islam.

Maksud saya, kita sebagai orang islam hendaklah menunjukkan teladan yang baik kpd mereka. Kita kemana mana pun, kita sentiasa membawa nama Islam tu. Mereka sedang memerhati..hemm tapi tu la..hakikatnya pengedar dadah kebanyakkannya pun org islam, penjenayah bnyk dr kalangan org islam..perempuan2 pula, Allah suruh pakai tudung utk tutup aurattidak juga pakai. Orang kristian yang nampak pun rasa hairan, "kenapa org islam tidak pakai tudung walau dituntut agama"? dan banyak lagi..

kalau nak tukar persepsi negetif non muslim kepada Islam, muslim dan muslimah harus baiki diri dulu. ikut syariat yang ditetapkan oleh kita suci al-quran. InsyaAllah..darkness Post at 22-9-2010 12:05


Assalamualaikum darkness,

Terlebey dahulu teman meminta maap sekiranya tulisan teman ini menyinggung perasaan miker.

'bukan mudah untuk membuka hati'
- Allah swt yg akan membuka hati sesiapa yg DIA khendaki. (bukan pendakwah yg pandai berkata kata - Nabi Musa n Nabi Harun a.s.)
- kita hanyalah MEDIUM/PERANTARAAN sahaja
- Allah swt bley memberi taufiq n hidayah TANPA menggunakan manusia (spt dlm kes Nabi Sulaiman,Nabi Ibrahim dll)

'harus baiki diri dulu'
- salah satu dari tipu muslihat iblis (agar oghang Islam tidak berdakwah)
- merasakan dirinya masih lagi kurang berilmu/tidak layak utk berdakwah
- pabila dier berdakwah, dier akan merasakan dirinya sudah 'cukup/ada ilmu' (timbul nya riak/takbur)
- belajar sambil berdakwah (amal makruf n nahi mungkar)

Darkness,

Seoghang pendakwah tidak perlu menghafal 30 juz Al Quran.
Seoghang pendakwah juga tidak perlu mempunyai sifat yg sempurna.(oghang bisu, pekak, buter pung bley berdakwah)
Ibnu Maktum seoghang tuer yg buter pung mati syahid fisabillilah melawan Musalimah Nabi palsu. (bagaimana dier berperang??)

Dakwah hanya tidak perlu di buat olih oghang giler sahaja.

Akhir sekali, ingat lah.....
"Sampaikan lah walaupun satu ayat..."

Tetapi ingat.............sekiranya miker membuat dakwah, dugaan akan datang bagaikan air sungai yg mengalir.

Waallahua'lam
p/s baru lah dapat merasakan 'nikmat' iman
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2010 03:38 PM | Show all posts
tue la....org yg memeluk islam kerana btul2 cintakan islam mostly lebih islamic dr kite yg mmg born  ...
em_zfreak0 Post at 23-9-2010 13:22

yeah

    sy yang lama Islam ni pun baru je nak dekatkan diri dgn Allah.

isyy
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2010 10:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by darkness at 24-9-2010 22:44

Reply 13# niceghost2005
insyaAllah, sy tidak amik hati pun..sama2 kita berpesan pesan..ingat mengingati satu sama lain kan..apa yang saya cakapkan itu adalah dari sudut pandangan saya dan apa yang saya rasakan suatu ketika dahulu sebelum memeluk islam..maksud saya perasaan saya dan apa pandangan saya mengenai islam semasa masih mengamalkan agama lama..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 05:56 PM | Show all posts
Reply  niceghost2005
insyaAllah, sy tidak amik hati pun..sama2 kita berpesan pesan..ingat mengi ...
darkness Post at 24-9-2010 22:41



Alhamdullilah darknes,

Segala puji pujian hanya utk Allah swt.
Dengan itew, mari lah kita berdakwah di mana sahaja kita berada mengikut SUNNAH Nabi saw.

Kita bley berdakwah dgn penulisan, percakapan, akhlak, kerja, setiakawan, ibadat dll

Hidup ini hanya lah sementara.
Kita di lahirkan ke duniya ini dgn matlamat/tujuan.

Yakni menjadi HAMBA kpd Allah swt dgn mengikut SUNNAH kekasihNYA.
Mengikut apa yg di suruh dan meninggal apa yg di larang.
KeredhaanNYA yg kita cari.
Menyeru manusia agar mentauhidkan Allah swt cara Nabi saw.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2010 02:45 AM | Show all posts
Reply 16# niceghost2005


    Yup...setuju ngan kata2 mod...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 08:03 AM | Show all posts
Reply 15# darkness

Betul apa yang saudara katakan, dan memang betul pun apa yang dikatakan oleh saudara NiceG...
   
Anda cakap pasal persepsi, nak ubah persepsi tu bukan mudah, dan NiceG cakap pasal tanggungjawab Dakwah, tak perlu bergantung kepada persepsi

Dalam berdakwah itu sendiri sebenarnya terkandung ISLAH (baiki diri)

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 09:40 AM | Show all posts
nabi2 lain tak mentauhidkan TUHAN ke????
kitab2 terdahulu pun cam tu gak ke????
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 11:30 AM | Show all posts
bukan mudah untuk membuka hati setiap org yang non-muslim masuk dalam islam. Dulu saya pun dikalanga ...
darkness Post at 22-9-2010 12:05



    sebab kamu orang muslim panggil kita pendatang, kami non-muslim beli rumah tak ada discount, pergi hospital tak ada ubat free macam muslim,  bahasa Melayu tak baik kakitangan kerajaan pandang rendah, padahal 'ketuanan Melayu' tak pernah wujud dalam Islam, orang Melayu tak pernah wujud di sejarah Melaka, Parameswara ialah orang India dan bukan Melayu, kalau tak percaya pergi cari kubur dia dan check DNA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.081548 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list