CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 404|Reply: 0

[Johor] Tren Shuttle Tebrau kembali beroperasi hari ini

[Copy link]
Post time 19-6-2022 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Selepas lebih dua tahun dihentikan akibat pandemik Covid-19, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memulakan kembali perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau dari Stesen JB Sentral, Johor Bahru ke Stesen Woodlands, Singapura.

Perkhidmatan itu digantung sementara pada 24 Mac 2020 berikutan penutupan sempadan negara akibat Covid-19.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, latihan pengoperasian semula Shuttle Tebrau itu sudah bermula sejak Selasa lalu sebagai persediaan.

Katanya, latihan pengoperasian dibuat bagi memeriksa gerakan gerabak, ciri keselamatan, sistem penjualan tiket dan operasi supaya perkhidmatan berkenaan lancar.

"Tiket perkhidmatan Shuttle Tebrau mula dijual pada 13 Jun lalu bagi perjalanan 19 Jun sehingga 18 Julai 2022.

"Setakat Jumaat lalu, sebanyak 68,070 tiket dijual dengan penjualan tiket yang lebih awal ini dapat membantu pengguna merancang perjalanan mereka khususnya rakyat Johor yang berulang-alik berkerja di Singapura. Setiap hari ada 31 trip atau perjalanan Shuttle Tebrau yang bermula jam 5 pagi sehingga 11.45 malam, dengan 13 perjalanan dari Malaysia-Singapura dan 18 perjalanan dari Singapura-Malaysia.

"Perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau ini mampu menampung kapasiti maksimum seramai 320 penumpang setiap trip atau perjalanan dan dijangkakan seramai 7,000 penumpang sehari akan menggunakan perkhidmatan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelepasan perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau di JB Sentral, di sini, hari ini.


Train Shuttle Tebrau

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi KTMB, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin.

Perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau mengekalkan tambang sedia ada iaitu RM5 sehala bagi perjalanan dari JB Sentral ke Woodlands dan SGD5 dari Woodlands ke JB Sentral.

Dalam pada itu, Onn Hafiz berkata, penyambungan semula perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau itu memberi manfaat kepada ribuan rakyat Malaysia yang berulang alik bekerja ke republik itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... si-hari-ini-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.035166 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list