CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 441|Reply: 0

[Johor] Turun had umur p-hailing dibuat selepas kajian

[Copy link]
Post time 19-6-2022 12:20 PM | Show all posts |Read mode

KA Siong ketika sidang media selepas pelepasan perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau di JB Sentral, di sini, hari ini. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Johor Bahru: Langkah kerajaan menurunkan had umur bagi penunggang motosikal yang membawa barangan termasuk kenderaan p-hailing daripada 21 kepada 18 tahun, dibuat hasil kajian dan penelitian dilakukan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, langkah penurunan had usia itu bagi membolehkan golongan remaja terbabit sama dalam aktiviti ekonomi gig negara.

Katanya, perkembangan meluas ekonomi gig di negara ini menyebabkan permintaan pekerjaan sektor berkenaan berkembang dengan pantas.

"Langkah kerajaan menurunkan had umur bagi penunggang motosikal p-hailing daripada 21 kepada 18 tahun adalah hasil kajian dibuat Bahagian Darat kementerian dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

"Kementerian sudah buat kajian, tinjauan dan pemerhatian melihat trend ekonomi gig terutama p-hailing yang menerima permintaan daripada golongan remaja lepasan sekolah, namun berikutan sekatan had usia, golongan itu tidak dapat merebut peluang pekerjaan sektor itu.

"Kementerian dapati ramai remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 18 tahun berhajat sangat nak jadi penunggang p-hailing namun disebabkan sekatan umur lesen vokasional hanya boleh dimohon mereka yang berusia 21 tahun ke atas, maka golongan berusia 18 tahun hingga 20 tahun merasa dipinggirkan.

"Sesuai dengan peredaran zaman dan perkembangan pantas sektor ekonomi gig termasuk di kampung, maka kerajaan merasakan sudah sampai masanya had umur p-hailing diturunkan daripada 21 tahun ke 18 tahun," katanya pada sidang media selepas pelepasan perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau di JB Sentral, di sini, hari ini.

Semalam, kerajaan dilaporkan akan menurunkan had umur bagi penunggang motosikal yang membawa barangan termasuk kenderaan p-hailing daripada 21 kepada 18 tahun.

Ka Siong dilaporkan berkata, langkah itu bagi membolehkan lebih ramai belia mempunyai pilihan memperoleh pendapatan tambahan melalui perkhidmatan p-hailing dan platform penghantaran barangan lain.

Dalam pada itu, Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, penurunan had usia p-hailing itu antara pindaan rang undang-undang dicadangkan Kementerian Pengangkutan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), yang akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat.

"Antara pindaan signifikan lain yang akan dibuat mengikut akta itu ialah mewajibkan pemandu bas persiaran untuk mempunyai lesen vokasional seperti mana pemandu bas lain.

"Kita juga akan membentangkan pindaan hak milik kenderaan sementara bagi membolehkan (Used Car Dealer-UCD) memiliki pemilikan kenderaan buat sementara waktu sambil mencari pembeli baharu dan memastikan hak pengguna dilindungi.

"Pindaan ketiga pula akan membolehkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan sistem High Speed-Weigh In Motion (HS-WIM) untuk merekod berat kenderaan lebih cekap dan tepat serta aktiviti penguatkuasaan dilakukan secara automatik tanpa kehadiran pegawai di lokasi menggantikan sistem manual sebelum ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... buat-selepas-kajian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.062858 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list