CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 412|Reply: 0

[Johor] APMM rekodkan RM55.8 juta nilai rampasan

[Copy link]
Post time 18-6-2022 02:57 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan 442 tangkapan atas pelbagai kesalahan dan merekodkan RM55.8 juta hasil rampasan bermula Januari sehingga 10 Jun lalu.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, ia hasil 76,026 pemeriksaan dijalankan selain 12,764 penggeledahan.

Beliau berkata, APMM juga merekodkan 46 kes kesalahan pencerobohan bot nelayan asing membabitkan 405 kru, 80 kes berkaitan Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO), 31 kes membabitkan penyeludupan dadah, ketum dan rokok selain 93 kes penyeludupan pelbagai termasuk pendatang asing tanpa izin (Pati).

"APMM akan terus meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan kapal di perairan negara sentiasa terjamin," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media majlis penyerahan 'Rigid Hull Fender Boat' (RHFB) kelas Perkasa kepada APMM di sebuah hotel di sini, hari ini.

Terdahulu Mohd Zubil turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Shaiful Lizan Ibrahim bersama Pengerusi DALAC Marine Engineering dan Services Sdn Bhd Datuk Pahlawan Zakaria Yusof.

Menurutnya, dalam usaha memperkasakan penguatkuasaan, APMM menerima 30 bot RHFB bernilai RM46.5 juta.

Katanya, ia mampu memperkukuhkan pengoperasian penguatkuasaan dan operasi mencari dan menyelamat di sepanjang perairan serta menggantikan bot sedia ada yang sudah menjangkau usia 17 tahun.

"Bot pemintas sedia ada akan dilupuskan secara berperingkat dan digantikan dengan bot baharu yang berukuran 12 meter panjang, menggunakan tiga enjin 350 kuasa kuda setiap satu dan boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 48 knot.

"Bayangkan, bot yang menceroboh perairan negara kita atau melakukan kegiatan haram memiliki sehingga lima enjin, ia menimbulkan kesulitan bagi APMM untuk mengambil tindakan dengan pantas atau memintas sebelum ini.


SESI demonstrasi bot perkasa pada Majlis Penyerahan Rigid Hull Fender Boat Kelas Perkasa di Hotel Waterfront, Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan

"Bot baru ini memiliki reka bentuk yang stabil dan mudah dikendalikan selain platform senjata juga tersedia," katanya.

Beliau berkata, 27 bot diagihkan kepada APMM Semenanjung Malaysia. Ia membabitkan tujuh untuk Johor, masing-masing dua bagi Melaka dan Negeri Sembilan, Selangor (dua), Perak (tiga), Pulau Pinang (dua), masing-masing enam bagi Kedah dan Perlis, Pahang (dua), Kelantan (dua) dan satu untuk Terengganu.

Tiga lagi bot akan diterima pada Ogos ini dan dua daripadanya akan diagih untuk APMM Terengganu dan sebuah lagi bagi Kelantan.

"APMM juga dijangka akan menerima aset baharu termasuk enam helikopter dan kapal logistik dalam tempoh beberapa tahun lagi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ai-rampasan-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.263851 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list