CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Duta lover

Bila budak2 hingusan pun dah mengidam blackberry...

[Copy link]
Post time 22-9-2010 09:17 AM | Show all posts
macam ramai je yg marah sbb aku tak labelkan laptop tu betul2...

laptop yg aku maksudkan tu macam spec yg berlebihan yg melebihi keperluan. ataupun harga yg terlalu mahal. contoh mcm mac atau vaio la kan. stylish katanya. tak nak laptop acer atau yg besar/bulky/berat. alasan biasa yg digunakan, berat la. tapi sebenarnya kes MALU nak bawak laptop besar & tak stylish mcm mac or vaio.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2010 09:38 AM | Show all posts
aku cam dapat rasa yg benda ni akan jadi semakin teruk lagi 10-15 years. bila generasi kita sekarang ni pulak yg dah beranak (generasi late 70's. 80's & early 90's). contoh paling dekat, anak sedara aku la kan. suka sangat main handphone mak nya. dulu umur tak sampai 2 tahun pun dah pandai letak handphone kat telinga, siap cakap hello2 lg. lepas tu agak pantang nampak laptop jugak. sbb dulu kitorang ada la bukak youtube cartoons yg dia suka tengok. then sampai sekarang pun still merengek "atuun, atuuun" bila nampak laptop. lepas tu yg aku nampak lg, dia macam berminat jugak dgn PSP. kalau nampak aku main, mesti dia pun duduk kat sebelah, tengok. siap ada sound effect lg. tu baru budak 2 tahun. dah diberi/TERberi pendedahan terhadap gadgets segala.

& aku banyak perhatikan jugak. parents generasi sekarang ni (dalam lingkungan umur 30's-early40's) memang terlalu ramai yg mula nak memanjakan anak. anak2 mereka mungkin dalam lingkungan remaja sekarang ni la. budak sekolah atau budak yg habis sekolah. macam aku, selalu jugak observe benda2 kat sekeliling aku. contohnya, aku pergi kedai game la kan. nampak 1 family ni ayah & anak. nampak la diorang nak beli PS2 (yg dah agak ketinggalan zaman sekarang ni). mula2 tu elok je la diorang belek2 PS2 tu, macam dah nak beli dah. tiba2 je budak tu kata, "kita beli PS3 la abah, lagi best". berkerut dahi bapak tu, tokey kedai tu pun macam agak2 terkejut jugak la. puas la diorang anak beranak berdebat kat situ pasal nak beli yg mana satu. tapi part last yg buat bapaknya mengalah, apa tau? bila anaknya cakap, kawan dia ramai dah ada PS3, kalau dia beli PS2, malu la, nanti kawan kata abah takde duit, kedekut. hah! terus terdiam bapaknya. terus la berlari pergi bank & cucuk duit (info, beza harga PS2 & PS3 sekarang ni hampir 800 lebih). dan akhirnya dibelikan jugak PS3. dan lagi 2 game ori yg harganya mencecah 300 jugak. total 'damage' of the day = hampir 1500.

banyak dah yg aku terserempak kat kedai2 jenis yg macam ni. kedai handphone. contohnya. malu la kalau nak pakai handphone 2nd hand. atau AP set. nak yg baru, yg ori. lepas tu kena ada video call. kena ada wifi. kena ada gps. kena ada camera yg megapixel tinggi. nak yg touchscreen. & bermacam2 demand lg. bila tengok handphone bapaknya? alahai... nokia model lama2, function basic je. sama jugak kat kat komputer. bahagian sony/apple jugak yg diterjahnya. kalau mp3/mp4 player. tak nak la beli yg takde brand. kadang tu sony pun tak nak. nak ipod jugak.

so camne? aku rasa benda ni kena ada didikan yg amat kuat/tegas dari mak bapak jugak. jangan terlalu dimanjakan dari kecik lagi. kena ajar yg duit tak jatuh dari langit, kalau nak duit kena kerja & usahakan sendiri. ni dari kecik lagi dah didedah & dibelikan segala gadgets. lepas tu apa yg nak, semua dibelikan. lama2 dah terbiasa. mula2 mungkin la mintak benda yg simple2 & tak mahal. ada jugak yg masih pertimbangkan kemampuan mak bapak. tapi bila dah lama2? bila dah terbiasa? silap2, kalau tak dapat apa yg dia nak, mula la memberontak & kurang ajar, memaki hamun pulak mak bapak kat facebook.

ada sesetengahnya, yes, keperluan. tapi kena tengok pada kemampuan diri, atau kemampuan keluarga jugak. mungkin ada yg anggap, berbelanja untuk gadgets satu kepuasan (bagi mereka yg guna duit sendiri). kalau nak mencari kepuasan, go ahead! sendiri mampu, sendiri punya duit, takde sapa nak larang. tapi, boleh ke ni, kalau nak halang orang tu daripada 'menunjuk' ataupun 'menayang' apa yg ada padanya? tak boleh, kan? so terpulang pada kita sendiri. bagaimana nak kekang nafsu. bagaimana nak kekang keinginan. bagaimana nak sedarkan diri berpijak di bumi yg nyata yg kita sebenarnya tak mampu. itu yg susah. agak susah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 10:55 AM | Show all posts
kalo gen la... kalo anak mntk lebih2 sdgkan kita mampu yg bese2 jah mau aku penampor jepun sedas.. tak sedor diri makpak terkial2 carik duit senang2 jah nak sma cam kawan2 la bapak kedekut tek idong masen la... bykkk jelitaaa muka kauu..

bg aku didikan anak2 skunk oleh ibubapak dah byk terpesong... makpak sekarang tak sayang anak... nape?? yelahh menurut kehendak anak sgt.. nak itu beli nak ini beli nak kuar malam bg balek lewat tak marah.. yelahh baru urban.. urban palerotak la kan??

tu nak kasik jahanam anak.. mcm owang dedulu... kalo kuar balek sblm mgrb.. dah diajar.. main la ko tp mgrb musti balek mandi... pstu g ngaji... wat keje skolah ke.. tibi?? no wayyy.... malam takde tbi untukmu.. siap wat tije skolah kul 10 tido... salah ke??
jdk owang gak?? berdisiplin.. takde pong lari umah.. elok skolah smpi kerja.. jdk owang berguna..

makpak skunk <aku mntk smpg la jdk makpak camni> ikot kehendak anak... apa anak nak smer turutkan.. kuhnun nak anak senang la.. takmo jdk cm dia dulu.. susah nak apape kene usaha sndri jolok sawit jual ikan sungai kuhnun.. tp dia lupa tu la mengajar dia menjadi manusia berdikari skunk neh...

esok anak2 kita tak taw la ape nak jd.. tawakkal la bebanyak... semoga kita mampu mendidik anak2 kita sebagaimana ibu bapa kita dulu mendidik kita hingga jadi manusia berguna skunk neh...

makpak skunk sayang anak dlm erti kata sebenar nak jahanamkan anak.. tp mike tak sedor.. esok dah kene lupuh kene terajang dek anak.. baru dia sedar langit tinggi atau rendah time tu pandai plak kata anak tak kenang jasa tak kenang budi kurang ajar durhaka?? sorry to say it's all your fault... ko yg jdkan depa gitu.. so kau tanggungla azab seksanya nnt.. di dunia dan akhirat..

nota kaki : aku nak nasihat kat diri aku sndri agar jgn smpi terleka dan lupa mendidik anak2 aku kelak... sbagai peringatan bersama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 12:01 PM | Show all posts
Hmmmmmmm....ropenya byk pengalaman engkorang pasal mende ni kan....dalam kes bebudak belum amik UPSR camner plak yek....merengek2 mintak dibelikan HP mahal...HP bawah RM1000 takder kelas pakai dan tunjuk kat member2.....

Berkenaan dengan mak Pak yang terlampau manjakan derang tu plak berkemungkinan depa ni dulu tak dimanjakan oleh mak pak depa dulu....so dengan anak2 sendiri depa takmo jadik mcm derang dedulu...lagipun duit ada...org ebrada...apa lah salahnya kalau Mak Pak belikan gajet2 canggih ni tuk anak depa...mebe fikiran derang mcamni..

Faktor teknologi memainkan peranan penting gak...pendedahan kepada dunia luar sudah takder hadnya lagi...sudah tak terbatas...depa boleh tahu segala macam perkembangan terkini hanya dengan 2-3 klik kat internet ...Ambil facebook, twitter sebagai contoh...dari sini plak pengaruh rakan2 facebook plak yg memainkan peranan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 01:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by daun_hijau at 22-9-2010 13:51

bebudak zaman sekarang memang over. semua yg org dewasa pakai dia org nak jugak. tak reti yg mak ayah susah payah kerja untuk kesenangan dia org. tp mmg ada mak ayah yg mmg suka manjakan anak2.


daun kenal satu famili ni. ada 3orang anak. yg first pompuan sekarang kat matrik. yg no2 lelaki kat mrsm dan yg no3 lelaki jgk baru darjah5. dia org punya mak ayah cukup manjakan anak2 nie. lebih2 lagi yg pompuan dgn anak lelaki bongsu. senang cter yg bongsu tu semua menda yg dia nak pasti akan dapat. pc, laptop. ps2, psp, henset aper ntah semuanya ada. dan disebabkan sekarang ramai pakai dslr..dia pun nak jugak. bayangkan budak darjah4 pun nak pakai dslr jugak. tak tahu lar mak ayah dia nak beli ker tidak..tengah tunggu dan lihat


dulu..tak lama lps anak pompuan dia masuk matrik. si mak ni bercerita kat me yg dia dah suruh si anak pilih nak pakai kereta aper kat uni nanti. pilih antara viva elite atau myvi. isyk..kalau anak dia pilih myvi, sama lar dgn kereta yg me pakai sekarang nie. tu pun lps kawen baru ada kereta. bertuahnya budak zaman sekarang nie


anak pompuan dia ni memang mewah. nak beli baju tak nak yg sale. nak yg paling latest. pendek kata dari hujung rambut hingga ke hujung kaki mmg semua branded. tak ada yg cikai punya. kalau anak lelaki yg tengah tu pulak dulu jenis tak kisah mak ayah beli aper. tp sbb dah masuk asrama..jumpa mcm2 jenis kawan. dah pandai jugak nak yg branded. tak per lar sbb mak ayah dia org mampu.



abislar kalau anak pompuan dia ni jatuh cinta dgn budak dari famili biasa2 jer. tgk harga make up saja agaknya dah pengsan hmm..cuma me tak dpt bayangkan kalau hidup dia org satu famili ni tiba2 jatuh. yelah..hidup ni kan mcm roda..sekejap kat atas..sekejap kat bwh


semoga bila satu hari nanti bila me jadi seorang ibu..me tak kan terlalu manjakan anak2 dgn barangan yg mewah. sederhana itu lebih baik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 02:05 PM | Show all posts
teringin nak bawak kereta kat U, tapi tak berani nak cakap kat ayah (walaupun ai anak kesayangan dia), mati kena pelempang karang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2010 02:05 PM | Show all posts
sebab semua kawan2 pakai kereta, rasa rendah diri
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 03:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by guablur7 at 22-9-2010 15:29

gua time belajar dulu cukup syukur dapat skuter n laptop..tu pon dah final year baru dapat..yela dah start nak buat thesis apa bagai..rasa bangga gile masa tu dapat skuter, now budak2 zaman skang bila dengar mak pak nk bagi motor, mula la cebik..

gua dulu masa kat univ cukup bersyukur dapat kawan2 baik yang tak kedekut, bila2 gua nak guna komputer senang je diorag bagi. Yang takda laptop/komputer masa awal2 hingga ke final year zaman blajar dulu ialah gua dan sorang member gua(anak manager petronas,mak pak die mmg kaya sbb anak takyah buat loan blajar pon tapi anak mcm gua tkda laptop,die pon jenis malas minta2 punya orang).  bukan gua tak nak minta komputer/laptop kat mak pak gua dulu cuma rasa tak perlu sangat, yang perlu masa nak buat lab report or guna software tapi bukan slalu sangat pon. takda la sampai 24jam nak hadap je komputer tu. Nota2 sume lecturer bagi dalam softcopy , so kita yang takda teknologi masa tu pandai2 la print..tapi apa2 pon gua tetap kenang budi sahabat2 gua dulu, susah sama susah then enjoy smpi nak mampus ujung2 sem sbb dah kering poket.

Yang gua perasan masa kt univ dulu, kebanyakkan orang habis kan masa dengan yahoo messenger, download movie, main game, main game, main game dan main game..gua rasa masa yang digunakan untuk blajor ada la 1:4.

gua budak IPTA so masa blaja dulu if bawa skuter pon ada la market sket even kadang2 just sedapkan ati je tu..then masa cuti slalu la lepak di CYBERJAYA sbb kebanyakkan member gua zaman skola masuk IPTS kt sini, gua pon masa mula2 datang sana dengan skuter yang dah di airbrush sket kt depan (kopak duit kerja part time gua) pg masuk dalam IPTS tu, serius gua pelik nak tengok student bawa moto mmg susah, kebanyakkan nya bawa kete.part paling best time gua stop tepi kete yang penuh ngan awek2 hot pemakaian nya, gua dengan macho nya cuba la senyum tapi apakan daya dibalas dengan memandang ke tempat lain smbil mulut mcm berkata-kata..gua pon dengan slow2 patah balik kt umah sewa kawan gua then tido.kesimpulanya budak2 bukan zaman skang je, dari zaman gua dulu pon dah mmg materialistik..suka pada brand dan status mewah.


p/s: mcm tak relevan je ngn topik ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2010 03:48 PM | Show all posts
for me, salahkan mak bapak dulu..
sbb.. diaorg yg menurut segala kemahuan anak2...
kalo diaorg x kasi.. apa yg anak tu blh buat?
memberontak? lama mn nk memberontak?
penat memberontak, lama2 berenti jugak...

bg midar, ader sestgh gadget tu menjadi keperluan..
mcm hp & laptop bg sesetgh org...
yg jd melampau, bl specs setiap gadjet tu melebihi keperluan..
mcm hp.. zaman skrg ni byk benar jenayah yg berlaku..
jd hp tu penting la pd pendpt midar..
just beli yg basic.. blh call & sms..
tu ajer yg penting..

lappy plak.. kalo stakat nk buat assignment & surf internet..
xkn nk kena cr yg canggih manggih smpai rega lbh dr gaji kiter kot?
like my cousin, br amik matrik undang2..
lecturer advice kalo blh dia nk semua student dia ader lappy sendiri..
so, nak x nak.. kena la cr jugak.....
but actually.. tgk cousin tu pon x guna sgt..
x tau la waktu kelas kan...
tp waktu kt umah.. kejap2 belek FB, belek email..
xder nampak pon dia buat assignment ke hapa...
room-mate dia pon masing2 ader lappy sendiri...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 04:19 PM | Show all posts
imagine  camner pelajar dedulu buat assignment kan...buat tesis ...disertasi bagai....tanpa ada laptop dan Komputer...semua main typewriter je,...kalau ada pun PC...kene pergi library atau terpaksa pinjam Faculty punya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 04:24 PM | Show all posts
Reply 30# medangmru

so kepada mak pak yang ada anak2 die minta beli laptop sbb nak buat belajar dan takkan main2, baik sekeh dulu kepala diorg then baru beli..kita kalo mampu mmg patut belikan pon untuk anak2 blajo tp kalo diorg ingat leh klentong kita ngn alasan tu, baik kita sekeh dulu.at least puas hati sket bila belikan. ada ke patut nak kencing kita pakai alasan tu, kita pon penah gak blajo.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 04:28 PM | Show all posts
Reply 30# medangmru

midar pernah je hantar assignment pakai hand writting...

sib baik lecturer ok...
dpt la markah 45/50...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 05:08 PM | Show all posts
aku dulu amek SC kat U, takde nak merasa pakai laptop ker hapa. Pakai PC berCPU tulah. Kalau nak present final year project, hangkut CPU tu skali naik bas Univ.

Tapi skang ni fox tgk spupu2 fox, ada yg baru 2 year dah pakai BB. Ngalahlan CEO company. Walhal nak main balas2 msg FB jah.

Fox kalau diberi pilihan, taknak lar pakai BB, takut nanti kena wat balik email kerja ker rumah. Bila masa nak rehat? Sblm tido kena check email, bangun tido terkejut dapat email (kes kena marah bos/client ker hapa). Hidup tak tenang
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 05:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by mzitdy at 22-9-2010 17:44

keinginan nak gadget yg bez2 mmg ade.
tp aku xd la jenis ikut trend.n
iphone ke blackberry ke mac ke nnt da keje aku pakai la tp bukn time bljr.
as student mane la mampu nk ade sume itu ini
tp aku minta parents aku belikn moto tp dowg xnk bg
dorg nk bg aku kete sbb ade kete je yg kat umh xpakai slalu.
aku bukn xnk pakai kete tp xlarat dgn wet mnyk.klw kete viva ke kancil ke aku sanggup lg tanggung wet minyak.

dak2 sekolah maybe pemikiran dorg xsampai bagaimana susah nye cari wet..so minta itu ini dr parents tnpa rase sush pyh parents cari wet.

aku tgk kwn2 kat sekeliling aku ni pntg wet ptptn@biasiswa masuk mule la bershopping sakan sana sini,li gadget baru..n then nk ujung2 sem mule la ikat perut ckp xd wet nk mkn.
sifat nk menabung kurang.hutang byk la.n time cuti sem keje semata-mata nk byr hutg,shopping sempena nk masuk sem baru, update gadget..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 06:35 PM | Show all posts
imagine  camner pelajar dedulu buat assignment kan...buat tesis ...disertasi bagai....tanpa ada laptop dan Komputer...semua main typewriter je,...kalau ada pun PC...kene pergi library atau terpaksa pinjam Faculty punya...
medangmru Post at 22-9-2010 16:19



   apakah itu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2010 06:38 PM | Show all posts
true
in fact lecturer2 yang tgh mengajar student2 skang ni
smua dari zaman tak berteknologi

ada my lecturer..umur dah 65thn...
contract la
dia  ajar guna blackboard and chalk je

bukan sebab dia buta IT
tapi sebab dia kata...tu je cara nak buat student faham
dia rasa..in d end of the day
apa yg penting student dapat something lepas kelas dia

lecturer generasi muda skarang
cuma suka guna slide show je
then click click..habis kelas

tu baru terdedah sikit dgn teknologi
akan dtg..tataulah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2010 06:40 PM | Show all posts
aku tgk kwn2 kat sekeliling aku ni pntg wet ptptn@biasiswa masuk mule la bershopping sakan sana sini,li gadget baru..n then nk ujung2 sem mule la ikat perut ckp xd wet nk mkn.
sifat nk menabung kurang.hutang byk la.n time cuti sem keje semata-mata nk byr hutg,shopping sempena nk masuk sem baru, update gadget..
mzitdy Post at 22-9-2010 17:43



   
kan???
setiap sem tukar hp baru....
kalau dah kerja takpa..kita faham
ini duit guna utk beli text book smua kedekut...memanjang nak fotostat
beli hp ratus2 takpa
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 06:46 PM | Show all posts
Sebenarnya makpak dulu hidup susah,tak merasa benda nie semua dari atuknya..
So apa laa salahnya,kalo diberikan segala benda alah tu kalo mampu,bukan utk org lain,utk anak sendiri jugak...dari perabih duit tukar sport rim keta & upgrade motor LC..
upgrade sound system rumah dan keta,baik disalurkan utk anak2...ada jugak pekdahnya,
takde laa nampak ketinggalan zaman anak kita tu...kena bezakan mana satu keperluan
atau kehendak...

Dulu2 kalo peksa no:1 dapat hadiah jam tangan pun dah kira cukup baguih dah...
Kalo pikir2 makpak korang dulu peksa no:1 apa hadiah atuk korang bagi??
Dapat gi pekan nengok wayang pun kira dah best dah tu...tak pun dapat mandi sungai jer.
Skang nie...gadget2 tu laa jadi habuan...so benda nie ikut peredaran masa...
Percutian ke Australia,Bali,Bandung tu semua dah kira biasa dah aku nengok time cuti
skolah...So lagi 10 tahun tak mustahil hadiah cam keta dan moto utk anak lulus peksa
akan menjadi kebiasaan...
Cuma aku tak setuju kalo makpak yg tak mampu tapi anak merengek nak macam2...
Kena sedor diri tu sket...

**Aku belajar dulu Window 95 pun tak wujud lagi,first komputer utk adik aku bapak aku belikan pun 486DX...ada lagi sampai skang...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 07:06 PM | Show all posts
Reply 38# danedzya

secara asasnya memang betul la. even saidina umar pun pernah cakap, didik la anak mengikut zaman. tak payah tengok jauh, bandingkan masa kita kecik dulu, dgn kita sekarang ni. dah jauh berbeza, kan? padahal baru 20 tahun je.

mungkin betul, zaman 80's & early 90's dulu masih banyak family yg hidup sederhana. teknologi pun tak la pesat & pantas macam sekarang ni. internet pun tak sampai lg kat malaysia. even handphone pun tak sampai lg kat malaysia. mp3 player pun takde, paling canggih pun sony walkman yg cd tu. bayangkan la, dari 1995-2000 saje pun. tiba2 ada internet. tiba2 ada handphone. tapi masa tu, benda2 tu dianggap benda mewah. tengok je la, simpack tahun 2000. mencecah rm200 per simpack. itu baru simpack!

dan bandingkan pulak tahun 2000-2005. perbezaan yg amat ketara dalam evolusi teknologi. dari kategori benda mewah, jadi pulak kategori benda mampu milik. dan tahun 2005-2010. dari kategori benda mampu milik, jadi benda keperluan.

mungkin itu la contoh 'mengikut zaman' yg dikatakan sahabat Rasulullah. dalam masa 20 tahun sahaja. benda tu burst. benda2 tu berevolusi.

cuma kita sahaja la kan. yg hidup & melalui zaman tu. kemahuan, kehendak atau keperluan? mampu ataupun tidak? itu la yg jadi 'masalah' sekarang ni. masalahnya bila orang lain ada, kita pun nak ada. kalau mampu, takpe. silakan & teruskan. kalau tak mampu? bukan je akan lahirkan generasi akhir zaman, bila ibu melahirkan tuan. fikirkan skop yg lebih besar, teknology burst ni boleh mengundang banyak lagi benda2 negative. contohnya. anak2 mungkin akan belajar mencuri. anak2 mungkin buat kerja tak senonoh utk dapatkan 'duit segera'. semua benda ni boleh saling dikaitkan.

so.... didik la anak mengikut zamannya. & yg penting, kena berlandaskan Islam. kenapa? Islam menggalakkan umatnya bersederhana. mengekang nafsu. elakkan pembaziran. kalau dari awal lagi dapat didik anak2 begini, rasanya mungkin dapat elakkan masalah dikemudian hari. tapi cakap memang la senang, kan? terpulang la pada diri masing2 bagaimana nak membentuk diri & keluarga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 09:28 PM | Show all posts
kan???
setiap sem tukar hp baru....
kalau dah kerja takpa..kita faham
ini duit guna utk beli text book smua kedekut...memanjang nak fotostat
beli hp ratus2 takpa
Duta lover Post at 22-9-2010 18:40



    ada 2 orang kawan aku masa kat u dulu.. asal kuar je henpon model baru, trus bli henpon tu.. tak pdulik duit biasiswa dia abis.. alih2 skali tu henpon dia kene curi, trus insaf taknak dah bli henpon canggih2..

aku ni dari dulu pakai jela henpon buruk nih.. masih elok lg henpon nokia 6101 yg aku pakai 5 tahun dlu.. takde heran nak tuko2 hp pun wpun bile org len tgk hp aku, smua dok kutuk2 hp aku.. mengong tul.. bg aku, henpon ni keperluan aku ialah utk sms dan kol je... n maybe la utk amik gambo sket2.mana tau jalan2 terjumpe mende pelik2 ke, or ape2 yg best utk disnap.. yg penting skali, hp tu mesti sentiasa ada kredit... tak gune bli henpon beribu2 tp semedang je takda kredit.. sket2 nak miskol je suro org kol balik..

laptop pun sama.. zaman blaja dlu aku pakai pc desktop je..sampai dah final year baru la aku pakai laptop sbb cpu asyik wat hal je.. tu pun sebenarnye laptop tu mak aku punya..laptop bese je pun..yg besar gedabak n berat tu.. sampai skarang aku stil guna laptop nih(buat rete sendiri plak)..walaupun laptop ni dah lama n mmg kengkadang hangin je pakai sbb lembab, selagi tak rosak, selagi tu aku gune je laptop ni.. sbb aku rase aku tak mampu la nak peruntukkan bajet aku utk bli laptop..

kamera pun aku pakai kamera digital biase je.. takde yg canggih2 sgt pun..yg penting boleh tangkap gambo..tu je..

aku harap sgt la anak2 buah aku nnt takde la jadi cam bebudak zaman skarang yg dimanjakan dgn segala jenis gajet nih.. kalu nak gune gak yg canggih2, usaha dengan duit sendiri.. bukan ngan duit mak bapak, bukan ngan duit ptptn/biasiswa.. nothing is free.. you have to work hard to earn something..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.461501 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list