CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 470|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Peniaga kedai telefon didakwa membahayakan konvoi polis

[Copy link]
Post time 16-6-2022 04:32 PM | Show all posts |Read mode

WEI Meng didakwa memandu secara melulu. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Peniaga kedai telefon bimbit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini, atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga membahayakan konvoi polis, awal bulan ini.

Tertuduh, Tan Wei Meng, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Zuhainie Zull Kafli.

Mengikut pertuduhan, Wai Meng didakwa memandu kereta secara melulu dan merbahaya dengan cara memotong dengan laju di sebelah kiri hingga membahayakan konvoi polis dan orang awam.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di Kilometer 4.5 Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) menghala pusat bandar Johor Bahru jam 9.45 pagi pada 7 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mana boleh membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000 jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga boleh hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang dua tahun.

Tertuduh yang sudah berkahwin dan memiliki dua anak itu dibenarkan diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Zuhainie menetapkan 28 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Trafik Johor, Inspektor S Vikineswary manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ayakan-konvoi-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.270324 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list