CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 520|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Juadah sawit

[Copy link]
Post time 16-6-2022 11:35 AM | Show all posts |Read mode

IZHAR (tengah) bersama rakan menikmati sira kelapa sawit.

Jempol: Kedengaran agak janggal apabila buah kelapa sawit dijadikan juadah makanan dan manisan. Namun ia menjadi antara 'juadah' tradisional bagi penduduk di tanah rancangan Felda.

Peneroka, Izhar Yaacub, 64, dari Felda Raja Alias Dua di sini, berkata, makanan sira buah sawit itu mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak ketika dia tinggal di sebuah kampung di Muar, Johor.

Katanya, kehidupan yang susah ketika itu menyebabkan arwah ibunya menjadi kreatif terutama apabila terputus bekalan makanan.

"Pernah suatu ketika sewaktu saya berusia 10 tahun, bekalan makanan langsung tiada menyebabkan arwah ibu memasak buah sawit sebelum diberi makan kepada anak.

"Kedengaran agak pelik namun itu antara juadah yang disediakan sekiranya keluarga terputus atau ketiadaan makanan di rumah," katanya yang juga peniaga makanan.

Izhar berkata penyediaan makanan pencuci mulut itu sangat mudah dan mengambil masa kurang 75 minit untuk disiapkan.

Katanya, proses penyediaan bermula dengan memilih buah sawit yang cukup masak terutama yang jatuh dari tandannya.

"Ia perlu dibersihkan terlebih dahulu dan kemudian direbus selama 60 minit bergantung berapa banyak buah direbus.

"Sebaik buah sawit menjadi lembut, air rebusan dibuang dan buah perlu dimasak sekali lagi bersama campuran gula pasir. Ia digaul selama tiga minit," katanya.

Izhar berkata, buah sawit itu boleh dimakan begitu sahaja dan memiliki rasa lemak dan manis.

"Resepi arwah ibu itu masih diingati hingga hari ini. Kebiasaan ia menjadi hidangan rakan yang singgah di kedai makan saya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/852310/juadah-sawit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.417511 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list